RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 2 Mac 2022

Yamaha X-Max 2022 Dikemas Kini

Skuter popular dari Yamaha iaitu X-Max 250 telah dikemas kini untuk memberikan prestasi lebih mantap buat para pemiliknya. X-Max baru ini berpiawaian EU4 dan antara pembaharuan yang dilakukan ialah dengan adanya 'smoke flasher lens, kunci pintar dengan rekabentuk baru dan ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Icon Grey dan Power Grey.

Warna: Icon Grey
Warna: Icon Grey

X-Max 250 disempurnakan dengan enjin 250cc, SOCH, sistem sejukan cecair yang berkuasa 22.5hp pada 7,000rpm dan tork maksimum 24.3Nm pada 5,500rpm. Kekuatan enjin skuter maksi ini disesuaikan dengan pemakaian cakera hidraulik 267 mm (depan) dan cakera hidraulik 245 mm di belakang.

Ruang bawah pelana.
Ruang bawah pelana.

Tidak dinafikan, ruang bawah pelana yang luas sangat membantu terutamanya untuk perjalanan jauh. Ruang barang ini mampu menyimpan dua buah topi keledar bersaiz XL.

Warna: Power Grey
Warna: Power Grey

Untuk model 2022, harga cadangan untuk X-Mac baru ini ialah RM21,998 dan dengan setiap pembelian akan menerima kunci Yamaha Disc Lock worth RM100. RR

Isu Pada

April 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.