RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 April 2022

Moto Morini X-Cape 650 Masuki Pasaran Negara

MForce Bike Holdings Sdn Bhd selaku pegedar rasmi Moto Morini di Malaysia menampilkan model adventure terbaru iaitu X-Cape 650. Model lasak ini ditawarkan pada harga RM39,999 untuk versi standard dan RM43,999 untuk versi X yang lebih mantap.

Moto Morini X-Cape hadir dengan konsep lasak, tangkas, elegan dan menjamin kepuasan para pencinta dua roda. Untuk keselesaan di pelbagai jenis jalanan, Moto Morini telah melengkapkan model X-Cape dengan penyerap hentak Marzocchi dan KYB. Tubuh badan jentera ini dikuatkan dengan kerangka jenis 20Cr-Mo yang ringan dan bertegaran tinggi.

Pergerakan di kala memecut laju atau sewaktu berada di laluan lasak dikawal oleh sepasang brek cakera di depan dan belakang yang bersaiz 255mm – lengkap dengan ABS. Tinggi pelana untuk model biasa ialah 810mm manakala X-Cape 650 X pula setinggi 835mm yang sememangnya direka untuk mereka yang gemar dengan laluan offorad.

Keanggunan jentera kembara ini datangnya dari rekabentuk luaran yang unik. Lampu hadapan dan belakang adalah dari jenis LED yang memberi pencayaan cukup cerah. X-Cape turut dilengkapi dengan panel meter TFT 7 inci yang cantik, kemas dan mudah difahami. Sesuai dengan lebuhraya yang terbuka luas, tangkinya yang bersaiz  18 liter menjamin perjalanan yang lebih jauh.

Terdapat tiga warna menarik yang boleh menjadi pilihan hati iaitu Dolomites Red, Monte Blanco White dan Carrara Grey.

Moto Morini X-Cape boleh didapati di mana-mana pengedar sah MForce di seluruh Malaysia pada pertengahan Mei 2022. Dengan setiap pembelian model ini, para pemilik X-Cape 650 layak menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu). RR

Isu Pada

Jun 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.