RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 Jun 2022

Yamaha YZF-R15M Masuki Pasaran Negara

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM)  telah melancarkan sebuah jentera sportbike 155cc yang berprestasi tinggi iaitu Yamaha YZF-R15M. Jentera ini diinspirasikan daripada gaya dan teknologi perlumbaan Yamaha YZF-R1M dan YZR-M1. Terdapat dua warna pilihan iaitu Signature M dan edisi Monster Energy.

Yamaha YZF-R15M didatangkan dengan enjin 155cc VVA, silinder tunggal, SOHC, 4-lejang dan sistem penyejuk cecair. Model yang menggunakan transmisi 6 kelajuan ini mampu menghasilkan kuasa  maksimum 14.2kW pada 10,000rpm dan nilai tork 14.7Nm pada 8,500rpm.

Apa yang menarik, model ini turut disempurnakan dengan fungsi Quick Shifter (upshift sahaja), sistem klac Assist & Slipper dan sistem Traction Control yang menawarkan pengalaman menunggang dengan lebih menyeronokkan tidak kira di jalan-jalan biasa mahupun di dalam litar.

Dari segi keselamatan pula, R15M memiliki tongkat sisi dengan suis pemati enjin dan brek-brek jenis cakera beserta sistem ABS dua saluran yang dapat memberhentikan jentera ini pada jarak yang lebih selamat. Oleh kerana ciri keselamatannya, Yamaha YZF-R15M telah menerima penarafan lima bintang daripada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) di bawah Program Penilaian Motosikal Malaysia (MyMAP) sebagai satu inisiatif untuk mempromosikan motosikal yang lebih selamat di Malaysia.

Dari segi penampilan, jentera ini mempunyai rekabentuk yang aerodinamik. Rupa bentuk hadapannya tampak lebih menarik dengan lampu utama LED Dwi-Fungsi yang diletakkan di bahagian saluran udara serta dua lampu DRL dengan gaya agresif berasaskan penampilan terbaru generasi Siri R. Manakala paparan meter jenis LCD pada model ini berkonsepkan Yamaha YZR-M1 yang lengkap dengan mod Street dan Track. Panel meter ini juga boleh disambungkan kepada telefon pintar menerusi aplikasi Y-Connect.

Antara kelengkapan lain seperti saspensi hadapan jenis USD, penyerap hentak belakang tunggal, tangki bahan api 11 liter, berat 140kg, kerangka Deltabox dan tinggi pelana 815mm.

Yamaha YZF-R15M ditawarkan pada harga bilik pameran yang disyorkan RM14,998 (tanpa pendaftaran & insurans) beserta waranti selama dua tahun atau 20,000 kilometer (yang mana terdahulu). Dengan pembelian jentera ini, pemilik secara automatik akan didaftarkan dalam program keahlian eksklusif M-CRU.

Kelebihan sebagai keahlian M-Cru ini membolehkan ahli menyertai pelbagai acara menarik seperti Track Day Eksklusif, Kursus Kemahiran Menunggang, Merchandise Istimewa MCRU dan Pengelaman Konvoi MotoGP. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.