RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 4 Julai 2022

Harley-Davidson Nightster 2022 Tiba Di Malaysia - Harga Bermula RM93,900

Harley-Davisdon Malaysia telah memperkenalkan model terkini iaitu Harley-Davidson Nightster untuk pasaran negara. Model tersebut telah dilancarkan sempena pameran Art Of Speed 2022 di MAEPS Serdang, Selangor. Jentera ini merupakan model evolusi Sportster Klasik yang menawarkan prestasi dan gaya yang luar biasa disamping mengekalkan rekabentuk seperti Sportster.

Nightster 2022 disempurnakan dengan enjin V-Twim Revolution Max 975T, DOHC dengan sistem penyejuk cecair. Enjin bersesaran 975cc ini mampu menghasilkan kuasa maksimum 66kW (89hp) pada 7,500rpm dan torknya 95Nm pada 5,750rpm.

Untuk keselesaan, jentera ini dilengkapi dengan fork hadapan jenis Showa Dual Bending Valve 41mm manakala suspensi belakang menggunakan dua penyerap hentak pra-beban boleh laras. Saiz-saiz tayar yang ada pada Nightster ini adalah 100/90-19 57H (depan) dan 150/80B16 77H (belakang).

Kelengkapan lain yang terdapat pada model ini antaranya lampu-lampu jenis LED, paparan separa analog & digital, tinggi pelana 705mm, sistem ABS, sistem Traction Control (TCS), mod tunggangan (Road, Rain & Sport), brek-brek cakera dan tangki bahan api bersaiz 11.7 liter.

Harley-Davisdon Nightster 2022 ditawarkan pada harga bermula RM93,900 dengan tiga pilihan warna iaitu Vivid Black, Gunship Grey dan Redline Red. RR

Isu Pada

Ogos 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.