RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 September 2022

Yamaha Eropah Perkenalkan R1 GYTR 2023

Bermula pada tahun 2021, Yamaha Eropah telah memperkenalkan  GYTR PRO SHOPS yang bertujuan untuk mempertingkatkan prestasi jentera Yamaha milik para pelanggan ke tahap tertinggi dengan menggunakan alat ganti dan teknologi perlumbaan yang tulen. Ini menjadikan aksesori GYTR satu-satunya produk berprestasi yang disokong oleh Yamaha dan dibangunkan dan dibuat secara khusus untuk para pemilik Yamaha.

Terdapat 17 buah  GYTR PRO SHOPS di Eropah dan pihak Yamaha menyasarkan untuk menambah kepada 25 buah kedai lagi pada tahun ini. Kesemua Kedai Pro GYTR ini disambung kepada program Perlumbaan dan  memberikan pengubahsuaian khas untuk pengguna R1, R6, R7 dan R3.

Untuk R1 GYTR, jentera ini dipertingkatkan lagi dengan fork hadapan KYB 43mm, pakej elektronik IMU, sistem ride-by-wire, Brake Control dan Engine Brake Management. . Terdapat lebih daripada 25 bahagian/komponen yang dipilih khas untuk dipertingkatkan termasuk sistem penuh ekzos Akrapovic. Jentera ini hanya untuk kegunaan di litar sahaja (tidak untuk jalanan biasa).

R1 GYTR terdiri daripada beberapa bahagian peningkatan. Antaranya:

  • Enjin: sistem ekzos penuh Akrapovic, pelindung enjin baru dan sistem Air Injection System (AIS).
  • Elektronik: ECU GYTE, sistem pendawaian, kabel sambungan PC, emulator sistem ABS GYTR, suis On/Off GYTR.
  • Sistem pacuan: sproket 15/42T 520, Rantai Perlumbaan GYTR Siri-R 520.
  • Casis: tayar BS R11, Penutup Minyak GYTR, Set Talian Brek Keluli Tahan Karat, Angkup GYTR, Penutup Sproket Belakang 'Shark Fin', Brek Pad Brembo Z04, Tongkat Perlumbaan Siri-R, bar hendal perlumbaan, Pelindung Billet Tuas Brek.
  • Fairing keseluruhan untuk perlumbaan, skrin perlumbaan, pelana lumba GYTR

Bagi mereka yang inginkan sesuatu yang lebih istimewa. Para pelanggan boleh menggunakan barisan GYTR Pro terbaru yang menjadikan jentera mereka lebih mirip dengan apa yang digunakan dalam perlumbaan WSBK. Antara komponen GYTR Pro adalah lengan ayun, tangki petrol rendah graviti, sub-kerangka belakang jenis karbon, set fairing/cowling karbon, skrin lumba, panel meter, suis pada bar hendal, sistem elektronik Marelli, angkup brek, talian brek, brek Brembo, fork Ohlins FGR400, lengan ayun terbalik, sistem klac, peredam, radiator, sistem ekzos dan pelindung tuas brek. RR

Isu Pada

Oktober 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.