RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 September 2022

HLYM Memperkenalkan Yamaha 135LC Fi 5MRO Edisi Malaysia

Hong Leong Yamaha Motor Sdn Bhd (HLYM) telah melakarkan satu lagi sejarah baru dalam pengeluaran motosikal yang kelima juta sejak penubuhannya pada tahun 1979. Demi meraikan kejayaan ini, HLYM telah memperkenalkan model Yamaha 135LC Fi 5MRO Edisi Malaysia.

Model edisi terhad ini didatangkan dalam skema warna Jalur Gemilang - Merah, Biru, Kuning Putih serta terdapat simbol Anak Bulan dan Bintang  seperti pada bendera Malaysia. Menuruk pihak HLYM, rekacorak unik pada jentera ini juga diinspirasikan daripada rekacorak dinding Masjid Negara.

Menurut Pengurus Besar Pemasaran & META, En. Tim Hoo, model ini hanya ditawarkan sebanyak 5,000 unit sahaja untuk pasaran Malaysia. Yamaha 135LC Fi 5MRO Edisi Malaysia akan mempunyai nombor siri bermula dengan 5,000,001 sehingga 5,005,000 yang turut dilengkapi dengan Bakul Premium Yamaha dan sijil pengiktirafan.

Dari segi spesifikasi enjinya masih lagi sama dengan jentera sebelum ini iaitu disempurnakan dengan enjin 135cc, silinder tunggal, SOHC dengan sistem penyejuk cecair. Yamaha 135LC Fi mampu menghasilkan kuasa maksimum 9.3kW pada 8,000rpm dan tork 12.2Nm pada 6,000rpm.

Ciri-ciri lain yang terdapat pada 135LC Fi ini adalah sistem suntikan bahan api, lampu-lampu jenis LED, paparan meter LCD, brek-brek cakera, berat 109kg dan isi tangki bahan api 4.6 liter.

Yamaha 135LC Fi 5MRO Edisi Malaysia boleh didapati di semua para pengedar Yamaha seluruh Malaysia pada pertengahan bulan oktober 2022. jentera ini ditawarkan pada harga runcit RM9,198 (tanpa pendaftaran & insurans) dengan waranti selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu.

Bakal pemilik model edisi khas ini juga akan menerima set pengunci cakera Yamaha serta hadiah eksklusif Jaket Bomber 5MRO. RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.