RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 14 Oktober 2022

Hong Leong Yamaha Lancarkan TMAX 560 Tech Max 2022

Hong Leong Yamaha Sdn Bhd dengan rasminya melancarkan skuter maksi terbaru TMAX 560 Tech Max 2022 pada harga RM74,998. Model yang mempunyai reputasi cukup baik di pasaran global ini hadir dengan rekaan keseluruhan yang lebih garang serta pelbagai sistem elektronik termaju yang menjadikannya sebuah jentera automatik pilihan untuk semua jenis tunggangan.

TMAX Tech Max disempurnakan dengan enjin Euro 5, 562cc, sistem penyejuk cecair yang memiliki hantaran kuasa maksimum setinggi 47.6hp pada 7,500rpm dengan tork maksimum 55.7Nm pada 5,250rpm. Selain daripada itu, model 'bangsawan' ini juga dipadatkan dengan pelbagai ciri-ciri menarik seperti sistem Cruise Control, Pemanas Pendikit, Pemanas Pelana, Yamaha Chip Controlled Throttle (Y-CCT), Accelerator Position Sensor Grip (APSG), sistem brek ABS dan rim SpinForged Wheels (SFW) yang memastikan pengendalian di laluan berselekoh lebih mantap.

Rekabentuk luaran model baru ini memang cukup mantap, mewah dan aerodinamik. Kombinasi antara dunia skuter dengan jentera sport dapat kita lihat dengan jelas menerusi rekaan bahagian hadapan berbentuk tajam yang tampak cukup garang dengan lampu utama 'mata berkembar' jenis LED dan cermin pengadang angin boleh laras (elektronik). Pelana baru lebih selesa dipadankan dengan papan pemijak dan bar hendal yang direka semula demi keselesaan penunggang.

TMAX Tech Max didatangkan dengan panel meter TFT 7” moden berwarna penuh yang memaparkan pelbagai maklumat dengan jelas. Turut dinikmati oleh para pemiliknya ialah sistem penyambungan “MyRide-Link” yang memberi akses kepada alunan muzik di sepanjang perjalanan serta sistem Navigasi Garmin.

Model ini juga merupakan skuter Yamaha pertama yang dilengkapi dengan penutup bahan api 'aero-style' pintar yang boleh dibuka dalam masa dua minit selepas suis utama dimatikan. Penutup tangki moden ini juga boleh diakses pada bila-bila masa selagi pemiliknya mempunyai Kunci Pintar bersama kaedah yang betul. Terdapat juga penggera yang berbunyi jika penutup bahan api ini tidak ditutup dengan baik.

Sambutan terhadap skuter mewah ini memang cukup hebat. Kesemua kumpulan pertama TMAX Tech Max yang sebanyak 35 unit telah pun habis dijual manakala 40 lagi unit untuk kumpulan kedua juga telah habis ditempah. untuk produksi bulan November juga telah habis ditempah.

Skuter maksi Yamaha ini hadir ke pasaran dalam dua warna iaitu Dark Petrol dan Power Grey dan telah pun berada di pusat pengedar Yamaha bermula pertengahan Oktober lalu. RR

Isu Pada

November 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.