RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 24 Oktober 2022

CFMOTO 450SR Diperkenalkan. Bakal Masuki Pasaran Mac Tahun Hadapan

KTNS Holdings Sdn Bhd yang selaku pengedar sah jentera CFMOTO di Malaysia telah melancarkan sebuah model sport terbaru iaitu 450SR.

Model sport ini menampilkan rekabentuk serba moden serta prestasi enjin yang mengagumkan. Hadir memeriahkan majlis pelancaran 450SR ini ialah para pelumba CFMOTO iaitu Xavier Artigas dan Carlos Tatay yang beraksi dalam saingan Moto3.

450SR disempurnakan dengan enjin 450cc, kembar parallel yang menghasilkan hantaran kuasa setinggi 50.5hp pada 9,500rpm dan tork 39Nm pada 6,500rpm. Dinyatakan oleh pihak CFMOTO bahawa jentera ini mampu dipecut sehingga 200km/j dengan kadar kuasa hantaran dari 0-100km/j dalam masa 4.8 saat.

Bahagian hadapan dikemaskan dengan penggunaan lampu-lampu LED yang direka cukup anggun. Model ini juga hadir dengan panel meter TFT yang boleh berinteraksi dengan telefon pintar.

Untuk menghasilkan sebuah model yang berbaloi untuk dimiliki, CFMOTO baru ini telah diuji menerusi 20 simulasi rekaan aerodinamik, ujian terowong angin, rekaan winglet pada fairing hadapan dan banyak lagi. Selain itu, 450SR turut didatangkan dengan sistem ABS jenis BOSCH dan FCC slipper clutch.

Antara ciri-ciri menarik lain pada 450SR:

  1. Lampu isyarat jenis ‘intergrate’
  2. Soket pengecas jenis A & C
  3. Rantai DID
  4. Double Balance Shaft
  5. Brek hadapan jenis Brembo

 CFMOTO 450SR hadir dalam dua warna iaitu Hitam/Merah, Hitam/Perak dan ditawarkan pada harga asas RM29,300. Ia dijangka akan mula dipasarkan pada bulan Mac 2023 nanti. RR

Isu Pada

Disember 2022

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.