RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 November 2022

MODENAS Ninja 250 Öhlins Edisi Terhad. Hanya 180 Unit Sahaja!

Edaran Modenas Sdn Bhd (“EMOS” atau “Syarikat”), anak syarikat Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) hari ini memperkenalkan model edisi terhad iaitu Modenas Ninja 250 Öhlins. Model ini didatangkan dengan sistem suspensi Öhlins baharu tanpa menerima sebarang perubahan lain dari aspek mekanikal mahupun kosmetik. Padanan baharu ini hanya diperkenalkan buat varian Ninja 250 tanpa ABS dan terhad kepada 180
unit sahaja.


“Model ini dipasang siap dengan suspensi belakang Öhlins jenis KA 744, STX 36 Supersport boleh laras yang turut menerima jaminan waranti penuh dari pengilang. Dengan padanan baharu ini, motosikal akan lebih stabil terutamanya ketika memasuki selekoh. Walaupun penunggang memulas pendikit atau membrek dengan mengejut semasa selekoh dan di kawasan yang tidak rata, jentera itu tetap stabil. Sudah pasti Ninja 250 Öhlins memiliki satu kelainan dalam segmennya.” kata Roslan Roskan Ketua Pegawai Eksekutif MODENAS.

Modenas Ninja 250 Öhlins ini ditawarkan pada harga asas RM20,500 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan). Penghantaran akan dibuat secara berperingkat dan akan tersedia untuk jualan di semua rangkaian pengedar sah Kawasaki seperti yang disenaraikan di laman sesawang rasmi Syarikat.

Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut, anda boleh melayari web rasmi MODENAS dan KAWASAKI di https://modenas.my/v2/ dan http://www.kawasaki.com.my/home atau hubungi Talian Bebas Tol di 1-800-880-008 atau WhatsApp Careline di +6019-570 8135. RR

Isu Pada

Januari 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.