RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2019

Harley-Davidson FXDR Baru Lebih Ranggi

Tahniah buat Didi Resources Sdn Bhd yang selaku pengimport dan pengedar jentera HarleyDavidson di Malaysia atas pelancaran model terbaru dari platform Harley-Davidson Softail iaitu FXDR 114 pada 27 Julai lalu di penganjuran acara Art of Speed Malaysia 2019. Hadir menyempurnakan majlis pelancaran ialah Exco Belia Sukan & Modal Insan, YB Tuan Mohd Khairuddin Othman ditemani oleh Pengerusi Didi Resources, En. Rewi Bugo dan Pengarah Didi Resources, En. Goh Kian Sin.

Model serba baru ini disempurnakan dengan enjin Milwaukee-Eight 114 V-Kembar yang memiliki kuasa tork setinggi 158Nm pada 3,500rpm – cukup mantap untuk semua jenis tunggangan tidak kira di mana sahaja!

Harley-Davidson FXDR didatangkan dengan rekabentuk berinspirasikan jentera 'drag' yang lengkap dengan lampu-lampu LED, sistem penghidup 'keyless', panel meter digital dan bar hendal yang cukup lebar. Posisi menunggang tampak mantap, disempurnakan lagi menerusi kerangka yang cukup tegar, sistem saspensi yang hebat dan sistem pertahanan (brek & ABS) yang efisien.

Untuk memberikan tunggangan yang penuh keyakinan buat penunggangnya, model baru ini juga dilengkapi dengan tayar berprestasi tinggi, Michelin Scorcher 11 (120mm) dan (240mm) yang mencengkam setiap permukaan jalan dengan cekap. Harley-Davidson FXDR ditawarkan pada harga bermula dari RM122,500 dengan warna-warna menarik seperti Vivid Black, Black Denim, Industry Gray Denim, Wicked Red Denim, Bonneville Salt Denim dan Rawhide Denim.

Bagi unit-unit yang didaftarkan sebelum 30 November 2019, para pemiliknya layak untuk memiliki ekzos Screamin’ Eagle Titanium dan baucer barangan bernilai RM4,200. Memang berbaloi! Jangan buang masa... kunjungi ruang pameran Harley-Davidson yang terletak di Gasket Alley, Petaling Jaya. RR

Isu Pada

September 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.