RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Februari 2023

Liger X: Skuter Dengan Teknologi 'Self-Stabilising'

Pengeluar motosikal dari India, Liger telah melancarkan model skuter terbaru mereka iaitu 'X' yang hadir dengan teknologi moden iaitu 'Self-Stabilising' dan ia adalah yang pertama dalam siri produksi dua roda di India.

Skuter Liger X ini dipertontonkan sebagai model prototaip pada tahun 2021. Terdapat dua versi iaitu Liger X dan Liger X+ yang dipadakan dengan panel meter TFT dan bateri lebih mantap yang mampu bertahan untuk jarak 100 kilometer (versi biasa hanya 60 kilometer). Namun begitu, laju maksimum untuk kedua-dua versi sama iaitu pada kelajuan 65km/j.

Ciri utama Liger X ialah sistem penstabilan kendiri 'Self-Stabilising' yang membolehkan jentera ini tidak mudah terjatuh/terbalik pada kelajuan rendah dan ketika pegun - tanpa meletakkan kaki ke bawah.

Liger X menampilkan sistem pengurusan bateri yang teguh disediakan untuk menjaga keadaan bateri. Bateri juga boleh ditukar, ini bermakna pemilik jentera ini boleh menukar satu bateri dan menggunakan satu bateri yang lain agar Liger X masih mampu bergerak. Tempoh masa untuk mengecas bateri Liger X ialah kira-kira tiga jam.

Teknologi moden (Self-Stabilising) ternyata menarik perhatian banyak pengeluar motosikal termasuk Honda dan Yamaha. Pengeluar dari Jepun itu telah membangunkan teknologi ini sejak tahun 2017 tetapi masih belum digunakan pada model pengeluaran.

Harga pasaran Liger X+ di India masih belum didedahkan tetapi model Liger x Standard dijual pada harga Rupee 90,000 dan dijangkakan model ini mula dipasarkan bermula Jun 2023. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.