RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Mac 2023

CFMOTO 700CL-X Adventure Dilancarkan Khas untuk Pasaran Malaysia

CFMoto merupakan antara jenama motosikal yang sedang berkembang dengan agresif bukan sahaja di negara China dan rantau Asia, tetapi di seluruh dunia. Kerjasama mereka dengan KTM dan Kiska sungguh menampakkan hasil dan kini, mereka melancarkan pula model CFMoto 700 CL-X Adventure.

Model ini dilancarkan khusus buat pasaran Malaysia dahulu sebelum pasaran Asia Tenggara yang lain, mungkin kerana telah banyak pengeluar yang telah melihat perkembangan yang pesat di dalam kelas adventure tanahair. Ia telah dilancarkan di dalam pasaran Eropah dan Austrilia sebelum ini.

Apapun, 700 CL-X Adventure ini berasaskan platform enjin 700cc yang dikongsi bersama model-model 700 CL-X Heritage dan 700 CL-X Sport. Varian Heritage merupakan jenis naked retro, manakala yang Sport merupakan jenis cafe racer. Oleh yang demikian, enjin Adventure ini merupakan yang 693cc, kembar selari dengan aci engkol 180-darjah, serta dengan penyejukan cecair dan suntikan bahan api. Ia menghasilakn 69hp pada 8,500 RPM dan 58.3Nm pada 6,500 RPM.

Bagi mengikuti cita-cita adventure-nya, ia dilengkapi dengan fork depan jenis terbalik dengan jarak gerakan yang lebih panjang. Monoshok belakangnya pula menggunakan penyambung (linkage). Kedua-dua rimnya ditukar ke jenis berjejari dan di lengkapi dengan tayar dwi-sport. Selain daripada itu, ia juga bercirikan skrin yang lebih tinggi, rak untuk boks tepi, dan madgad depan yang tinggi.

Tetapi, peningkatannya bukan terhad kepada rekabentuk semata-mata, kerana ia juga dilengkapi dengan mod tunggangan OFF-ROAD, selain daripada ROAD. Anda juga boleh mendapatkan opsyen T-box dengan modul 4G yang mempautkan telefon pintar anda melalui Bluetooth serta memaparkan informasi diagnostik.

CFMoto 700 CL-X Adventure ini dijual pada RM 35,888, suatu harga yang agak berbaloi. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.