RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 6 April 2023

Benelli Tornado 402 (2023) Ditayangkan di China

Model Benelli Tornado 402 telah ditayangkan julung kalinya di China baru-baru ini.

Motosikal yang juga dikenali sebagai TNT 402 di pasaran lain memaparkan beberapa ciri yang menarik bagi kelasnya, dan ia dilihat sebagai titik perbandingan bagi pembuat lain. Antaranya:

  • Lengan ayun sebelah.
  • Kamera papan muka (dahcam) yang akan merakam dan menyimpan fail secara automatik melalui pautan Bluetooth ke telefom penunggang.
  • Sistem pemantauan tekanan angin tayar (tyre pressure monitoring system - TPMS) yang memaparkan bukan sahaja tekanan angin, malah suhu di daiam tayar seperti MotoGP.

Model ini menggunakan enjin yang berupa serba baharu kerana enjin 400cc yang digunakan oleh penaungnya QJ Motor (Qianjiang) tidak pernah digunakan oleh banjaran model Benelli. Enjin 400cc yang baharu ini menghasilkan 48hp pada 10,000 RPM, iaitu lebih berkuasa daripada enjin yang digunakan oleh QJ. Tetapi masih tiada maklumuat samada enjin ini bercirikan aci engkol 360 atau sebaliknya. Aci engkol 360 bermaksud kedua-dua pistonnya naik dan turun pada masa yang sama, seperti enjin TNT 302. Jika begitu, ia akan menghasilkan deruman seperti enjin boxer BMW.

Selain daripada itu, model baharu ini kini menggunakan kaliper brek depan Nissin, berbanding dengan kaliper yang berjenama Benelli. Terdapat dua cakera brek bersaiz 300mm di depan, berbanding hanya satu seperti model-model lain di dalam kelasnya. Brek depan dan belakang turut menggunakan sistem ABS.

Ciri elektronik lain termasuk sistem kawalan traksi (traction control) dan navigasi.

Di bahagian suspensi pula, Benelli Tornado 402 ini menggunakan fork depan dan monoshok belakang daripada Marzocchi.

Ia dilancarkan pada harga CNY 31,800, bersamaan dengan RM 20,410.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700