RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 September 2019

Vespa Terbaru Diperkenalkan

Naza Premira Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Vespa di Malaysia telah melancarkan tiga model terkini iaitu Vespa Primavera S 150, Vespa Sprint S 150 dan Vespa S125 Carbon Edition. Model terbaru Vespa yang memiliki sifat-sifat sporty amat sesuai untuk para pencinta motosikal di Malaysia tidak kira siapa, lelaki mahupun wanita.

“Adalah satu keutamaan untuk memberikan model Vespa yang terbaik, terkini buat para pelanggan setia. Sejak tahun 2010 lalu, kami telah berjaya mengedarkan hampir 12,000 buah skuter Vespa dan jumlah ini terus meningkat dari masa ke semasa. Dengan pelancaran model baru ini, kami yakin 2019 akan menjadi tahun yang dinamik untuk Naza Premira dan Kumpulan Naza,” kata Pengerusi Eksekutif dan CEO Kumpulan, Naza Corporation Holdings Sdn Bhd, En. SM Nasarudin SM Nasimuddin.

Vespa Primavera S 150 dicipta berasaskan jentera Primavera klasik yang memiliki karaktor menarik iaitu 'Joie de Vivre' (Joy of Living) yang kini ditambah pula dengan elemen lebih segar, mantap, bergaya dan sporty. Rekabentuk luarannya dikemaskan dengan pelindung tepi, rim aloi aluminium lima jejari dan pelindung hon berwarna kelabu (Dusty Grey) yang pastinya tampak cukup menyerlah tidak kira di mana sahaja ia dibawa.

Model ini didatangkan dengan enjin i-Get empat lejang 150cc yang memiliki hantaran kuasa dan tork cukup mantap untuk bergerak lancar di semua tempat yang dituju. Model Primavera S 150 didatangkan dengan warna-warna menarik seperti Red Profondo, Black Vulcano dan White Innocenza. Harga ditawarkan ialah RM16,400.

Vespa Sprint S 150 pula menawarkan rekabentuk 'berani’, menambah ciri-ciri sporty yang sedia ada dimiliki oleh Vespa Sprint. Ia juga merupakan model pertama dalam kelasnya yang menggunakan rim bersaiz 12 inci dan amat sesuai buat mereka yang sukakan pengembaraan motosikal dan tunggangan yang menyeronokkan. Ia dikuasakan oleh enjin i-Get empat lejang yang lengkap dengan sensor barometric untuk prestasi lebih mantap. Model ini dijual pada harga RM17,400 dengan tiga warna menarik iaitu Blue Vicace, Grey Materia dan Black Vulcano.

Vespa S125 Carbon Edition mewarisi model-model lagenda sejak tahun 70an yang merupakan gabungan menarik di antara kreativiti dan dinamik. Kemantapan rekabentuknya hadir menerusi kemasan gentian karbon di beberapa bahagian dan stiker S pada bahagian rim. Model ini juga tampil dengan trademark ikonik Itali iaitu 'Tricolore' yang cukup menarik. Vespa S125 Carbon Edition didatangkan dengan enjin i-Get empat lejang 125cc yang menawarkan prestasi enjin yang lancar, senyap dan selesa.

Hanya terdapat dua warna untuk model ini iaitu Black Vulcano dan White Innocenza manakala harga pula ialah RM12,500. RR

Isu Pada

September 2019

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.