RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 7 Mei 2023

Suzuki Malaysia Lancarkan V-Strom 1050DE. Harga asas RM88,800

Suzuki Malaysia telah melancarkan model kembara terbaru iaitu V-Strom 1050DE yang tampil dengan spesifikasi lebih moden, selesa, ciri-ciri keselamatan yang mantap dan rekabentuk bergaya.

Model yang dilancarkan di acara Malaysia Autoshow 2023 ini direka berasaskan model lagenda Suzuki DR-Z Paris-Dakar yang dapat dilihat dengan jelas menerusi rekabentuk lampu hadapan berbentuk segi empat dan paruhnya.

Suzuki V-Strom 1050DE disempurnakan dengan enjin 1,037cc, v-kembar yang bukan sahaja memiliki tenaga yang mantap tetapi juga menawarkan penjimatan bahan api. Model ini juga direka dengan tapak roda lebih panjang (1,595mm), lebih kelegaan tanah (190mm), bar hendal yang lebar dan kerangka yang bertegaran tinggi.

Tayar hadapannya jenih tiub yang bersaiz 90/90-21M/C 54H manakala tayar belakang adalah jenis tanpa tiub bersaiz 150/70ZR M/C 69H yang kedua-duanya disokong oleh sistem brek jenis cakera dengan Combination Brake Systems dan sistem ABS.

Model ini menggunakan fork hadapan USD 43mm jenis KYB menyumbang kepada pengendalian yang cemerlang ini di jalanan biasa dan di laluan lasak. Untuk pasaran Malaysia, pelana rendah (low seat) 850mm turun ditawarkan agar lebih sesuai untuk para penunggang. Tinggi standard untuk pelana V-Strom ini ialah 880mm.

Turut menanti para pemilik jentera kembara dari Suzuki ini ialah sistem elektroniknya yang sememangnya diperlukan untuk tunggangan lebih selamat. Suzuki Intelligent Ride Sistem (S.I.R.S) menyediakan bantuan tunggangan seperti Suzuki Drive Mode Selector (SDMS), Cruise Control, Bi-Directional Quick Shift System, Ride-by-Wire Electronic Throttle System, Traction Control, Hill Hold Control System, dan Easy Start System.

Terdapat juga mod tunggangan ‘Gravel’ dan Rear ABS Off-mode yang ditawarkan buat mereka yang mahir mengendalikan jentera ini di laluan-laluan lasak. Segala tetapan, info dan talaan dapat dibuat dengan mudah menerusi panel meter TFT bersaiz 5 inci.

Model ini ditawarkan dalam dua warna pilihan iaitu Champion Yellow/Metallic Mat Sword Silver, Glass Sparkie Black/Metallic Mat Black dan boleh dimiliki pada harga asas RM88,800. Setiap pembelian akan menerima waranti kilang selama 2 tahun atau 20,000 kilometer perjalanan (yang mana terdahulu) Suzuki V-Strom 1050DE akan berada di Suzuki Big Bike World bermula pada 15 Mei 2023. RR

Isu Pada

Jun 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.