RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Mei 2023

Hero Xpulse 200 4V 2023 Dilancarkan Ke Pasaran India

Jentera lasak jenama Hero mempunyai keupayaan yang cukup mengagumkan dengan kejayaan dalam perlumbaan di peringkat global. Antara kecemerlangan yang direkodkan oleh jenama ini 1 x Juara Dunia (Baja World Cup 2022), 4 x Menang Rally (Baja Hungary '21, Baja Port '20, Baja India '17 dan Baja Portalegre '20), 14 x Menang Peringkat 'Stage' (Abu Dhabi '23, Morocco '22 dan Dakar '22) dan banyak lagi.

Hero Motocorp telah melancarkan model lasak terbaru ke pasaran India iaitu Xpulse 200 4V yang didatangkan dengan enjin mematuhi piawaian bahan api OBD2 dan E20. Para peminat dunia permotoran lasak, model baru ini telah diberikan beberapa peningkatan berbanding versi sebelumnya.

Xpulse 200 4V 2023 boleh didapati dalam dua varian iaitu Base dan Pro yang mempunyai perbezaan dari segi warna dan juga spesifikasi seperti saiz panjang keseluruhan, tinggi pelana, bar hendal lebih tinggi, fork hadapan boleh laras, kelegaan tanah dan sistem saspensi.

Hero telah melengkapkan model ini dengan enjin 199.6cc, sistem pengejuk cecair, 4 lejang OHC, yang memiliki hantaran kuasa 18.9hp pada 8,500rpm dan tork 17.35Nm pada 6,500rpm. Model ini datang dengan tayar hadapan (90/90-21 M/C 54S) dan belakang (120/80-18 M/C 62S) yang dikawal oleh brek-brek cakera yang mantap.

Terdapat tiga warna pilihan untuk model biasa iaitu Matte Nexus Blue, Black Sports Red dan Techno Blue manakala versi Pro ditawarkan dalam skima warna Rally Edition White.

Kedua-dua model lasak ini hadir dengan panel meter digital, lampu-lampu LED, mod tunggangan (Road, Off Road & Rally), sistem ABS, pelindung tangan dan tempat pemijak 35mm lebih rendah.

RR pasti negara kita ramai pencinta sukan motorcross dan kalaulah model Hero Xpulse 200 masuki pasaran Malaysia, ada peminat tak? RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha XMAX 250 vs XMAX 300: Empat Media Kongsi Pengalaman

Kalau nak tahu sedap atau tidak sesebuah skuter, jangan tengok angka atas kertas saja. Jangan hanya sekadar membaca komen di sosial media. Jawapannya kena cari sendiri...kena rasai sendiri. Begitu juga dengan perbezaan antara dua skuter 'terhangat' di pasaran. Tak lain dan tak bukan... Yamaha XMAX 250 dan yang terbaru, Yamaha XMAX 300.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.