RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2014

Ducati 1199 Superleggera Superbike Paling Ringan

Jika kita sudah cukup mengagumi model Panigale ‘R’, pastinya model terbaru iaitu Ducati 1199 Superleggera akan membuatkan kita terpegun seketika. Mesin edisi terhad ini dipamerkan buat seketika di Ducati Store, Pavilion, Kuala Lumpur pada 16 Januari lalu dengan harga RM488,888 sebelum dipamerkan ke negara lain.

1199 Superleggera mampu menjanakan kuasa lebih daripada 200 bhp pada sebuah jentera seberat 155kg, menjadikan ia sebuah superbike paling ringan pernah dihasilkan setakat ini. Model ini juga merupakan kombinasi ideal bahan-bahan berkualiti tinggi tetapi ringan seperti titanium, magnesium dan gentian karbon.

Dari kiri: En. Abdul Hamid Ismail, En. Nik Danial, En. Zakaria dan En. C.W Juan melancarkan model terbaru Ducati 1199 Superleggera.
Dari kiri: En. Abdul Hamid Ismail, En. Nik Danial, En. Zakaria dan En. C.W Juan melancarkan model terbaru Ducati 1199 Superleggera.

Kerangkanya dibuat menggunakan magnesium, rim magnesium jenis bertempa Marchesini, sub-kerangka daripada gentian karbon manakala sistem ekzos Superleggera ini dibuat sepenuhnya dengan titanium. Untuk prestasi yang unggul, model ini dilengkapi dengan saspensi hadapan jenis Ohlins FL916 (hadapan) dan Ohlins TTX36 (belakang) yang ringan dan berketegaran tinggi.

Komponen perlumbaan turut dilengkapi ke dalam enjin Superleggera untuk prestasi lebih cemerlang. Mesin setengah juta ini hanya terdapat sebanyak 500 unit sahaja di seluruh dunia, masing-masing mempunyai nombor individu yang diletakkan di bahagian atas motor. Kepada mereka yang mampu, ia bukan semudah yang disangka kerana pihak Ducati Motor Holding S.p.A akan menyemari pendek nama mereka yang berminat sebelum membuat pemilihan siapa yang layak memacu jentera mengagumkan ini. RR

Isu Pada

Mac 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.