RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 Mac 2014

Skuter Terbaru HONDA NSS300 Sudah Tiba

Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan sebuah lagi skuter maksi iaitu NSS300 yang bakal berada di bilik pameran Honda Shop sejak Januari lalu. Mesin automatik berkuasa 279cc ini bukan sahaja menjanjikan prestasi enjin yang cukup lancar tetapi juga menawarkan pengendalian yang mudah dan sempurna. Bagi mereka yang ingin menaik taraf daripada enjin berkuasa 150cc, inilah pilihannya.

Enjin skuter ini menghasilkan kuasa maksimum 19kW pada 7,500rpm dengan tork 26Nm pada 5,000rpm. Dengan gandingan emparan klac automatik dan transmisi V-Matic, NSS300 memberikan kuasa yang cukup responsif untuk membuat pecutan di dalam bandar mahu pun ketika menunggang untuk perjalanan jauh. Prestasi skuter ini tidak terjejas baik ketika menunggang bersendirian atau ketika membawa pembonceng.

Jimat? Sudah pasti…Honda NSS300 turut dilengkapi dengan sistem pancitan bahan api (Programmed Fuel Injection, PGM-FI) yang memberikan penggunaan petrol yang efisyen iaitu 354km dengan satu isi tangki penuh 11.6 liter. Kecekapan sistem brek skuter ini tidak perlu lagi dipertikaikan kerana ia menggunakan Combined Braking System (CBS) yang terbukti selama ini cukup selamat.

Keprihatinan Honda untuk menghasilkan sebuah skuter yang praktikal dibuktikan dengan adanya meter penunjuk yang cukup berinfomasi dan ruang-ruang besar pelbagai kegunaan. Penunggang hanya perlu menekan suis untuk membuka, menutup dan mengunci kebuk simpanan yang mampu memuatkan dua topi keledar penuh muka. Sistem cegah kecurian Honda Ignition Security System (HISS) juga adalah satu lagi tarikan utama buat mereka yang sukakan model ini.

Harga jualan untuk NSS300 baru ini ialah RM26,768 (versi standard) dan RM28,288 (Versi ABS). Model ini boleh didapati dalam tiga warna pilihan iaitu Hitam Asteroid Metalik, Putih Mutiara Himalayas dan Kilauan Perak Metalik. RR

Isu Pada

Mac 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.