RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 11 Jun 2023

Gambar Tangkap Curi tunjukkan Skuter KTM Menjalani Ujian

Satu gambar dipaparkan oleh majalah German, Motorrad, yang menunjukkan sebuah prototaip skuter KTM sedang menjalani ujian jalanan.

Walaupun pembuat negara Austria itu telah mempunyai banyak model motosikal yang memenuhi setiap segmen kapasiti enjin, mereka tidak mahu terlepas daripada pasaran skuter yang amat "panas" (lumayan).

Gambar tersebut menunjukkan sebuah skuter yang tidak mempunyai sebarang grafik atau nama KTM tetapi penunggangnya memakai pakaian menunggang berjenama KTM yang sepenuhnya, seperti di dalam setiap gambar tangkap curi sebelum ini. Ia seolah-olah penunggang itu sudah tahu jurugambar itu akan berada di sekitar sana...

Kami faham bahawa pemakaian sesuatu jenama bukan seharusnya bermaksud orang itu menaikki motosikal yang berjenama sama. Contohnya saya pakai baju GIVI tapi bukan bermaksud saya membawa motosikal GIVI... 

Namun, terdapat beberapa petunjuk di dalam gambar ini. Yang paling menyerlah ialah lengan ayun itu yang sinonim dengan motosikal KTM (dan juga Zontes). Perbezaannya komponen ini mungkin akan dituang dan bukan dimesin jika skuter ini memasukki pasaran. Satu lagi petunjuk ialah blok pelaras rantar pada lengan ayun tersebut. Jadi ia berkemungkinan besar yang motosikal ini akan menggunakan pacuan rantai dan bukan transmisi CVT dengan pacuan tali sawat. Adakah ini juga bermaksud ia merupakan sebuah skuter berkapasiti besar?

Selain daripada itu, KTM sebenarnya telah dibongkarkan akan memasukki pasaran skuter dan mobiliti bandar sejak 2020 lagi. Jenama KTM pun sudah diterima di serata dunia jadi projek ini berkemungkinan besar akan diteruskan. Kita harap bentuk skuter itu nanti akan menarik dan bukan seperti di dalam gambar yang ditangkap!

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.