RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Jun 2023

Ducati Malaysia Perkenalkan Warna Khas RR22 Untuk Ducati DesertX 2023

Sejak pelancarannya pada penghujung tahun lalu Ducati DesertX merupakan pesaing terbaru untuk segmen Adventure di Malaysia. Untuk tahun 2023,  Ducati Malaysia telah memperkenalkan Ducati DesertX 2023 yang hadir dengan rekacorak khas iaitu 'RR22'.

Warna khas pada model ini dihasilkan oleh pereka Ducati's style Centre yang diinspirasikan oleh jentera offroad Rali Dakar Audi RS Q e-tron dengan meraih empat kemenangan peringkat dan 14 podium. Ducati DesertX RR22  dihiasi dengan skema warna hitam, kelabu dan merah. Model ini juga diserlahkan lagi dengan aksen merah pada pelana bewarna hitamnya.

Dari segi spesifikasi enjinnya, model ini dikuasakan dengan enjin Testastretta 937cc yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 110hp pada 9,250rpm dan torknya 92Nm pada 6,500rpm. DesertX 2023 menggunakan tayar 21 inci di bahagian hadapan manakala belakang pula dipadankan dengan tayar bersaiz 18 inci.

Sementara itu saspensi hadapan dilengkapi fork USD dengan jarak 230mm dan belakang pula jenis monoshock dengan jarak 220mm. Untuk tunggangan yang lebih selamat, model ini turut mengunakan sistem brek jenis Brembo.

Selain daripada skewa warna khas RR22, Ducati DesertX 2023 juga boleh didapati dalam warna asal iaitu Star White Silk. Jentera ini ditawarkan pada harga bermula RM112.900 manakala untuk varian R22 Matt Saturn Grey pula boleh dimiliki pada harga RM115,900. RR

Isu Pada

Ogos 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.