RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 10 April 2014

Tunggang Dengan Ceria Bersama SUZUKI SKYDRIVE Baru

Suzuki Assemblers Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan 'facelift' model Skydrive dengan warna dan rekacorak grafik yang lebih menarik. Rekacorak grafik 3-dimensi yang dilengkapkan pada model ini bukan sahaja cantik tetapi juga membantu menjadikan Skydrive ini tampak lebih dinamik dan sporty.

Untuk daya tahan yang tinggi, enjin model ini dibuat menggunakan Suzuki Composite Electrochemical Material (SCEM) berkapasiti 125cc, empat lejang SOHC dua injap. Bahagian silinder juga direka dengan unik agar Suzuki Jet Cooling System (SJCS) dan penapis minyak dapat dimuatkan ke dalam enjin yang kompak ini. Model ini juga turut dilengkapi dengan Pulsed Secondary Air Injection (PAIR) yang membenarkan pengeluaran gas emisi yang bersih, selamat dan mesra alam.

Seperti model sebelum ini, Skydrive terus menawarkan tunggangan yang selesa seperti ruang lantai yang luas, posisi tunggangan yang ergonomik dan posisi pembonceng yang sempurna menjadikannya pilihan yang sesuai untuk semua jenis tunggangan. Untuk memudahkan para pemiliknya menyimpan barang, ruang bawah pelana direka luas tanpa mencacatkan keanggunan rekabentuknya.

Terdapat dua warna menarik yang boleh kita miliki iaitu kuning aura/biru mutiara vigor dan biru mutiara vigor/putih brilliant pada harga asas RM5,168. RR

Isu Pada

April 2014

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.