RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 Julai 2023

Triumph Scrambler 400 X (2024) telah Dilancarkan

Motosikal berkapasiti kecil jenama Triumph telah akhirnya dilancarkan. Terdapat dua model di dalam banjaran ini iaitu Triumph Speed 400 dan yang ini, Triumph Scrambler 400 X (2024)

Kedua-dua motosikal ini merupakan hasil kerjasama dengan pembuat motosikal gergasi India, Bajaj. Perjanjian untuk bekerjasama ini telah dimaterai beberapa tahun yang lepas tetapi pembangunan banjaran motosikal ini tergendala sebentar. Banjaran motosikal Triumph dengan kapasiti enjin yang lebih kecil sememangnya ditunggu oleh ramai kerana ia lebih senang ditunggang serta diharapkan berharga yang mampu milik.

  • Enjinnya merupakan daripada siri TR (TR Series) yang baharu dan dikongsi dengan Triumph Speed 400 (2024).
  • yang bercirikan piston tunggal dengan sejukan cecair dan suntikan bahanapi berkapasiti 398cc.
  • Ia menghasilkan 39.5HP pada 8,000RPM dan 37.4Nm pada 6,500 RPM.
  • Kotak gearnya mempunyai enam kelajuan.

  • Banjaran model ini menggunakan kerangka baharu yang menggabungkan tulang belakang di tengah dengan tiub keluli di sekeliling, serta frem belakang yang dipasang.
  • Suspensi depan terdiri daripada sepasang fork Big Piston Fork (BPF) 43mm jenis terbalik yang memberikan jarak gerakan 150mm berbanding 140mm pada Speed 400.
  • Suspensi belakang pula terdiri daripada monoshok dengan tabung berasingan dan boleh dilaras pra-beban. Ia juga mempunyai jarak gerakan 150mm, berbanding 130mm pada Speed 400.
  • Brek di depan pula menggunakan cakera 300mm tunggal yang dikepit oleh sebuah kaliper brek dengan empat piston.
  • Brek belakang pula menggunakan cakera 230mm.
  • Fungsi ABS ialah standard dan hos brek merupakan jenis keluli.
  • Triumph Scrambler 400 X ini menggunakan rim 19-inci di depan dan  17-inci di belakang yang diperbuat daripada aluminium aloi. Mereka dipasang dengan tayar separa adventure Metzeler Karoo Street.

  • Jarak rodanya (wheelbase) ialah 1417mm berbanding dengan 1377mm pada Speed 400, manakala sudut sterengnya (rake) ialah 23.2 darjah berbanding 24.6 darjah, dan jejaknya (trail) ialah 109mm berbanding 101.6mm.
  • Ketiga-tiga angka ini berbeza dengan Triumph Speed 400 kerana model ini mempunyai rim depan yang lebih besar, serta tayar belakang yang lebih tinggi, serta penambahan ketinggian motosikal.
  • Kapasiti tangki petrolnya ialah 15.6 liter.
  • Keberatan sedia ditunggangnya pula hanya 179kg.

  • Walaupun Triumph Scrambler 400 X ini merupakan sebuah model peringkat kemasukan, itu tidak bermaksud ia hanya mempunyai ciri-ciri yang terhad. Sebaliknya, seperti Triumph yang lain, ia juga mempunyai ciri-ciri yang canggih.
  • Ia menggunakan sistem terotel elektronik (ride-by-wire throttle) yang membolehkan ciri-ciri elektronik yang lain.
  • Set elektroniknya termasuk kawalan cengkaman, ABS di roda depan dan belakang.
  • Klacnya merupakan jenis pertolongan tork (torque assist) sebagai standard. Klac jenis ini akan mencengkam plet-plet klac dengan lebih kuat apabila enjin diligatkan. Kepada penunggang, dia akan merasakan tuil klac yang amat lembut untuk ditekan.
  • Panel meternya mengekalkan tradisi Triumph iaitu jarum analog dengan skrin LCD di dalam.
  • Skrin LCD ini memaparkan beberapa maklumat dan anda boleh memilih fungsinya dengan butang pada handel sebelah kiri.
  • Terdapat beberapa aksesori tambahan pada model Scrambler 400 X iaitu jaring pelindung lampu depan, pelindung radiator, pelindung tadahan minyak (oil sump), madgad depan yang lebih panjang, pelindung tangan, dan padding pada handel. 

  • Corak warna pada Triumph Scrambler 400 X merupakan kombinasi dwi-warna dan terdapat 3 pilihan yang dipanggil Matt Khaki Green/Fusion White, Carnival Red/Phantom Black, dan Phantom Black/Silver Ice.
  • Harganya masih belum diputuskan tetapi pihak Triumph berkata ia "mampu milik."
  • Pengedar-pengedar di seluruh dunia akan mula menerima motosikal ini bermula dari suku tahun pertama 2024.
Isu Pada

September 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.