RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Julai 2023

Prototaip KTM RC 990 Dijumpai Menjalankan Ujian Jalanan

KTM telah ketiadaan superbike yang khusus sejak model 1190 RC8 R ditamatkan produksi mulai 2011.

Sebab utama yang diberikan oleh Stefan Pierer, CEO KTM kenapa model ini diberhentikan ialah kerana ia telah menjadi terlalu laju untuk kegunaan di atas jalanraya. Namun, mereka masih menghasilkan model supernaked 1290 Super Duke R dan 1290 Super Duke R Evo dengan 180HP…

Mungkin mereka merasa kini ketinggalan di dalam segmen superbike, serta berfikir apakah matlamat mereka menyertai MotoGP. Oleh itu, model superbike KTM RC 990 yang akan datang ini merupakan suatu model yang ditunggu-tunggu oleh peminat jenama tersebut.

Gambar-gambar yang dikatan enjin kepada motosikal ini telah tular di internet beberapa bulan dahulu. Kini, sebuah prototaip yang dikatakan RC 990 telah ditemui ketika menjalani ujian di atas jalanraya.

Pada masa yang sama, juga kelihatan sebuah prototaip Duke 990 sedang diuji di jalan-jalan Eropah. Justeru terdapat kemungkinan besar bahawa kedua-dua variasi akan berkongsi enjin dan kerangka yang sama. Juga kelihatan di dalam gambar tangkap curi bahawa mereka menggunakan ekzos yang sama.

Fairing RC 990 di dalam gambar mirip dengan bentuk fairing RC8, RC8c dan RC16 yang digunakan di dalam MotoGP. Oleh itu, cara duduknya lebih agresif.

Gambar-gambar sebelum ini menunjukkan prototaip RC 990 yang menggunakan kaliper brek Brembo Stylema, tetapi ia tidak kelihatan di dalam gambar kali ini. Lampunya pula seperti prototaip 990 Duke.

Model ini dikatakan akan memulakan produksi pada 2025.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.