RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 21 Ogos 2023

Honda Forza 2024 – Tampil dengan Skema Warna Lebih Anggun dan Mewah

Sejak dilancarkan lebih dua dekad yang lalu, Honda Forza telah hadir ke pasaran dalam beberapa siri seperti Forza 125, Forza 250, Forza 300 yang sudah tentu yang paling mewah, Forza 750. Pantas, tangkas dan mewah, Forza 750 dilancarkan untuk mendapat pujian sebagai antara pilihan paling bijak para pencinta motosikal yang inginkan sebuah jentera yang mewah tetapi praktikal untuk menyempurnakan urusan harian atau pengembaraan penuh keseronokan ke pelbagai destinasi menarik.

Candy Chromosphere Red & Mat Jeans Blue Metallic.
Candy Chromosphere Red & Mat Jeans Blue Metallic.

Seperti model sport terulung Honda CBR1000RR-R Fireblade SP, Forza 750 turut meraih Anugerah Red Dot yang berprestij untuk reka bentuk motosikal yang cemerlang pada tahun 2021 menerusi aura rekabentuknya yang elegan yang bersepadanan prestasi sporty dan serba boleh yang luar biasa. Untuk 24YM, ia hadir dengan pelbagai sistem elektronik moden, warna serba baru termasuk versi ‘blacked out’ yang cukup menggiurkan.

Matt Ballistic Black Metallic & Mat Jeans Blue Metallic.
Matt Ballistic Black Metallic & Mat Jeans Blue Metallic.
Candy Chromosphere Red & Iridium Gray Metallic.
Candy Chromosphere Red & Iridium Gray Metallic.

Semua sistem pencahayaan untuk model ini menggunakan lampu LED yang bukan sahaja cantik tetapi cukup terang. Versi 'blacked out' ini menggunakan skema warna Matt Ballistic Black Metallic yang dipadankan dengan logo dan rim berwarna emas. Apabila dipadankan dengan pelindung enjin, lantai pemijak dan lengan ayun yang juga berwarna hitam, hasilnya memang cukup padu!

Mat Jeans Blue Metallic.
Mat Jeans Blue Metallic.

Pecutan yang mudah diperoleh daripada enjin silinder berkembar 745cc yang memiliki hantaran kuasa setinggi 43.1kW pada 6,750rpm dan tork 69Nm pada 4,750rpm. Sistem elektronik yang dipadatkan pada model ini terdiri daripada Throttle By Wire, 3 mod tunggangan (Rain, Standard & Sport), Honda Selectable Torque Control, sistem Dual Clutch Transmission (DTC), soket USB -C, panel meter TFT 5 inci, Honda Smartphone Voice Control dan Emergency Stop Signal (ESS).

Candy Chromosphere Red & Iridium Gray Metallic.
Candy Chromosphere Red & Iridium Gray Metallic.
Matt Ballistic Black Metallic.
Matt Ballistic Black Metallic.

Ruang simpanan bawah pelana cukup luas (22L) untuk memuatkan topi keledar muka penuh. Honda Forza didatangkan dengan tayar hadapan bersaiz 120/70 R17 dan belakang 160/60 R15 yang dipadankan dengan sistem brek cakera (310mm – depan, 240mm – belakang) yang beserta dengan sistem ABS. RR

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).