RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 25 Ogos 2023

Brixton Crossfire 150 XS Dilancarkan

Selepas memperkenalkan Cromwell 1200 pada bulan Jun yang lalu, Brixton Malaysia kini melebarkan sayapnya lagi dengan memperkenalkan jentera terbaru iaitu Crossfire 150 XS. Hadir dalam tiga warna pilihan iaitu Backstage Black, Clockwork Orange dan Cargo Green dengan harga permulaan RM8,788 (tanpa insurans dan cukai jalan).

Crossfire 150 XS disempurnakan dengan enjin 150cc, 4 lejang, dan sistem penyejuk udara. Enjin dengan kotak gear 5-kelajuan ini menghasilkan kuasa maksimum 10kW pada 9,500rpm dan tork 10.5Nm pada 3,100rpm. Walaupun menampilkan rekabentuk saiz yang kecil, model dengan berat 111kg ini mampu mencapai kelajuan sehingga 110km/j.

Model ini menawarkan dimensi bagi menyumbang ketangkasannya secara keseluruhan. Crossfire 150 XS mempunyai panjang 1,690mm, lebar 755mm dan tinggi 1,210mm untuk kestabilan yang sempurna ketika berada di atas jalan raya. Ketinggian pelana 770mm pula memberikan keselesaan kepada penunggang.

Sistem membrek pada model ini dikawal dengan brek hadapan jenis cakera tunggal bersaiz 220mm dan belakang pula bersaiz 190mm yang memastikan jentera dapat diberhentikan dalam keadaan selamat. Tunggangan yang stabil dan selesai juga disumbangkan oleh suspensi hadapan jenis fork teleskopik terbalik. Crossfire 150 XS juga sesuai untuk tunggangan jauh di mana ia menawarkan saiz tangki bahan api seluas 11 liter.

Dengan setiap pembelian model Brixton Crossfire 150 XS, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Isu Pada

Oktober 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Kisah Di Sebalik Penciptaan Honda CB1000F

Haramoto-san merupakan Ketua Projek Utama (Large Project Leader, LPL) di Honda yang mengetuai pembangunan CB1000F; sebuah motosikal jalanan gaya retro yang mengambil inspirasi daripada jentera lumba ikonik milik ‘Fast Freddie’.