RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 September 2023

Tempahan untuk Yamaha Tenere 700 2023 Dibuka Sekarang. Harga asas RM69,988

Model lasak, Yamaha Tenere yang mendapat pujian daripada para peminat motosikal beberapa tahun lalu akhirnya akan masuki pasaran negara tidak lama lagi. Bersempena dengan acara Yamaha Gen Blu 2023 yang berlangsung di Stadium Likas, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 September lalu, Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) dengan rasminya telah membuka tempahan bagi model tersebut pada harga yang disyorkan, RM69,988.

Model ini disempurnakan dengan enjin bersesaran 689cc, CP2, DOHC, 4 injap yang memiliki hantaran kuasa setinggi 72.3hp pada 8,750rpm dan 67Nm pada 6,500rpm. T7 berketinggian 880mm yang dipadankan dengan fork hadapan jenis USD 43mm, penyerap hentak belakang jenis mono, kerangka keluli tiub dan kotak gear 6 kelajuan.

Yamaha Tenere 700 semakin mendapat perhatian sejak kecemerlangan yang dipamerkan di pelbagai siri perlumbaan lasak di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia. Kelincahan dan ketangkasan T7 menangani laluan-laluan sukar memang memberi kepuasan.  Ia hadir dengan tayar hadapan bersaiz 90/90 x 21 dan 150/70 x 18 di belakang yang dikawal oleh sistem brek cakera beserta ABS.

Panel meter TFT bersaiz 5 inci memaparkan pelbagai informasi lengkap termasuklah perhubungan dengan telefon pintar (My Ride Yamaha), email, panggilan masuk dan muzik. Menariknya, Yamaha T7 ini merupakan jentera pemasangan tempatan atau CKD yang dilakukan di HLYM, Sungai Buloh. RR

Isu Pada

November 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.