RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 September 2023

Vespa GTV 300 2023 Hadir Ke Pasaran Negara. Harga dari RM35,900.

Bersempena dengan acara penganjuran Vespa Fest 2023 yang diadakan di MotoPlex, Johor Bharu baru-baru ini, Didi Group selaku pengedar rasmi Vespa di Malaysia telah melancarkan model terbaru iaitu Vespa GTV 300 2023.

Model baru ini ditawarkan pada harga RM35,900 dengan menampilkan ciri-ciri sporty, tegap dan selesa. Enjin GTV 300 jenis HPE 278cc, 4 lejang, 4 silinder, SOHC yang memiliki hantaran kuasa 23.8hp pada 8,250rpm dan tork 26Nm pada 5,250rpm.

Vespa GTV 300 disempurnakan dengan lampu LED penuh berbentuk bulat, sistem kunci pintar, panel meter LCD (berwarna) dan pelindung panel meter berwarna jingga. Kemantapan pengendalian Vespa ini datangnya dari beberapa faktor utama antaraya seperti sistem saspensinya (fork hadapan tunggal di depan dan penyerap hentak hidraulik dengan pra-beban boleh laras di belakang), rim aluminium, brek-brek jenis cakera dengan ABS dan pelindung pelana pembonceng.

Model ini juga menawarkan sistem penyambungan telefon pintar (Vespa MIA System – aksesori pilihan) dan port USB yang cukup penting buat mereka yang ingin bergerak jauh. Terdapat dua warna baru yang boleh dijadikan pilihan iaitu Beige Sabbia Glossy dan Grey Titanio Glossy. Kunjungi pusat pengedaran Vespa berhampiran dengan anda sekarang. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.