RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 September 2023

Adakah ini Gambar-gambar BMW R 1300 GS (2024)?

Model BMW GS merupakan motosikal adventure yang paling popular di dunia dan pembuat daripada Jerman itu bakal melancarkan BMW R 1300 GS (2024) yang serba baharu pada 28 September ini. Tetapi, sudah terdapat gambar-gambar yang dikatakan model baharu itu dibongkar di laman Reddit. Apapun, ciapan itu tidak menyertakan sumber gambar-gambar tersebut.

Jika gambar-gambar ini sahih, ia menunjukkan rekabentuk yang telah dirombak semula agar model ini lebih ramping. Lampu depan juga telah ditukar bentuk dan ia tidak lagi menggunakan lampu-lampu yang tidak simetri. Lampu baharu itu juga menukar bentuk mudguard depan walaupun garisan rekabentuknya masih mengekalkan bentuk GS. Bantuk nahagian belakang tangkinya juga diubah bagi memudahkan penunggang berdiri ketika menunggang di dalam keadaan off-road.

Sebagai peneraju banjaran model BMW siri R, ia mengekalkan enjin Boxer dwi-silinder. Enjin baharu ini turut menggunakan ciri BMW Shift Cam (seperti VVT) yang bermula daripada R 1250 GS. Tambahan kapasiti membawa kepada penambahan kuasa maksimum yang dikatakan menjangkaui 150hp. Mungkin BMW rasa perlu untuk berbuat demikian kerana dicabar oleh KTM 1290 Super Adventure (160hp) serta Triumph Tiger 1200 (147hp). Ada juga khabar yang model GS yang baharu ini akan dikurangkan keberatannya sehingga 40kg.

Pelancarkan model GS yang terbaharu ini akan disusuli oleh varian R 1300 GS Adventure (lebih dikenali sebagai GSA) pada 2025, R 1300 RT mungkin pada 2026 atau 2027.

Apapun, kita lihat lagi pada 28 September kelak.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.