RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 September 2023

Model Sportbike Voge 666 S Dilancarkan

Motosikal sportbike Voge 666 S dilancarkan baharu-baharu ini dan disambut baik.

Sebelum kami bercerita dengan lebih lanjut, Voge merupakan jenama anak syarikat motosikal premium kepada Loncin. Loncin pula merupakan rakan usaha sama dengan BMW. Loncin-lah yang menbuat enjin BMW banjaran model C 400 serta F 850 dan F 900. Usaha sama ini bermula sejak 2007. Tetapi ingat, Loncin hanya menghasilkan enjin untuk BMW, manakala jenama Voge pula merupakan motosikal yang siap.

Baiklah, kita kembali ke motosikal Voge 666 S. Ia menggunakan enjin empat silinder selari 660cc dengan penyejukan cecair, DOHC, 16 injap dengan julat RPM merah bermula 13,000 RPM. Voge berkata ia menghasilkan kuasa maksimum sekitar 100hp. Jika itu benar. Kuasa seperti begitu meletakkannya di belakang Aprilia RS 660 (105hp) dan di depan Honda CBR650R (94hp). Pembuat itu juga berkata enjin ini merupakan tren kuasa yang serba baharu dan bukan diadapatasi (dalam erti kata lain "meniru") jenis enjin yang lain.

Daripada segi prestasi pula, Voge berkata motosikal ini dapat memecut ke 100 km/j di dalam hanya 3.5 saat dan mempunyai kelajuan maksimum sekitar 240 km/j. Kesemua angka prestasi ini bersamaan dengan motosikal 600 - 650cc yang lain di dalam pasaran sekarang, kecuali model yang sportbike jati.

Ia juga mencirikan suspensi boleh laras KYB dan brek Brembo. Daripada segi elektronik, ia mempunyai ABS dan sistem kawalan cengkaman tayar tetapi mereka tidak memberitahu samada sistem itu dikawal oleh IMU (unit ukuran intersia).

Voge juga tidak berkata samada model hanya buat pasaran tempatan di China atau diekspot. Apapun, ia akan menjadi satu lagi saingan di dalam segmen "sportbike saban hari" seperti Kawasaki Ninja 650, Honda CBR650R, Yamaha R7, Suzuki GSX-8R kelak, dan Aprilia RS 660.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.