RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 29 September 2023

BMW R 1300 GS (2024) Dilancarkan dengan Rasmi

Akhirnya, BMW R 1300 GS (2024) telah dilancarkan dengan rasminya semalam. Ia merupakan model GS yang serba baharu, justeru mempunyai banyak ciri yang telah dipertingkatkan.

Mula-mula sekali, rekabentuk baharunya membuatkan ia nampak lebih ramping dan ringan, berbanding dengan model yang lama. Sebenarnya, ia memang lebih ringan setelah BMW dapat mengurangkan 12kg kepada 237kg berbanding 249kg. Gaya bentuk lampunya juga bertukar daripada bentuk yang tidak simetri yang telah digunakan untuk berabad.

Enjinnya masih merupakan jenis Boxer (dua silinder terlintang) sejukan cecair dan minyak yang merupakan identiti motosikal ini. Walaupun begitu, gereknya dibesarkan kepada 106.5mm, manakala lejangnya dipendekkan kepada 73mm. Nisbah mampatannya pula ditingkatkan ke 13.3:1 berbanding dengan 12.5:1. Sistem injap Shift Cam masih digunakan dan pembaharuan ini menaikkan kuasa maksimum kepada 145hp pada 7,750 RPM dan tork maksimum 149Nm pada 6,500 RPM. Walaupun kuasa maksimumnya masih tidak setinggi Ducati Multistrada V4 (170hp) dan KTM 1290 Super Adventure (160hp), torknya lebih tinggi daripada kedua-dua pesaing terdekatnya. Bukan itu sahaja, enjin BMW yang baharu ini membekalkan tork 130Nm di antara 3,600 hingga 7,800 RPM. Julat tork yang lebih lebar dan tinggi ini membolehkan motosikal ini memecut dengan kuat pada bila-bila masa diperlukan, serta lebih senang untuk membawa muatan yang lebih berat.

BMW telah juga berjaya mengurangkan 6kg dengan enjin baharu ini.

BMW masih mengekalkan suspensi Telelever di depan dan Paralever di belakang, namun sistem yang terdapat pada R 1300 GS ini digelar "EVO" (singkatan bagi evolution iaitu evolusi). EVO Telever yang baharu ini dikatakan dapat mengasingkan lebih banyak tindakbalas daripada suspensi kepada handel. EVO Paralever di belakang pula dibuat lebih kukuh bagi meningkatkan traksi tayar belakang.

Pembuat daripada Jerman ini juga menawarkan pakej suspensi Electronic Dynnamic Suspension Adjustment (DSA) sebagai pilihan tambahan. Ia merupakan pembaharuan kepada sistem ESA sebelum ini dan ia dapat melaras ketinggian motosikal secara adaptif. Penunggang juga boleh melaras ketinggian motosikal.

Ketinggian pelana penunggang ditetapkan pada 850mm seperti dahulu, tetapi terdapat 4 pilihan pelana, 3 pilihan posisi pemijak kaki, dan handel yang boleh dilaras.

Motosikal BMW mestilah mempunyai ciri elektronik. Oleh itu, terdapat Active Cruise Control (Kawalan Jelajah Aktif), Front Collision Warning (Amaran Pelanggaran Depan), dan Lane Change Warning (Amaran Penukaran Laluan). Sistem kawalan jelajah itu menggunakan radar di depan bagi mengekalkan posisi dan kelajuan motosikal di kalangan lalulintas. Sistem Amaran Pelanggaran pula mungkin akan memperlahankan motosikal secara automatik jika ia mengesan potensi pelanggaran dengan kenderaan di depan. Sistem Amaran Pertukaran Laluan pula menggunakan radar depan dan belakang bagi mengesan kenderaan yang berada di dalam zon buta (blindspot) motosikal dan akan memberikan amaran kepada penunggang.

Sperti biasa, BMW menawarkan banyak aksesori. BMW R 1300 GS (2024) ini telah dipasangkan dengan ciri-ciri ABS Pro, kawalan jelajah, bateri lithium ion, pelindung tangan, pemanas tangan, tetapi masih banyak lagi aksesori yang boleh dipasang oleh pemilik seperti Driving Modes Pro, Headlight Pro, Seat heating, Intelligent Emergency Call, beg dan pembawa barang, pelindung enjin, dan sebagainya.

Model baharu ini akan mula dijual di UK mulai November ini. Harga bagi varian standard ialah £15,990 (RM91,647.90), manakala varian TE dengan spesifikasi yang lebih tinggi berharga £18,465 (RM105,834.41). Seperti biasa, harga ini merupakan untuk pasaran di sana sahaja, dan akan menjadi lebih tinggi apabila sampai di Malaysia kelak. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.