RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 18 Oktober 2023

Triumph Thruxton 'Edisi Akhir'

Diperkenalkan dan diiktiraf antara jentera Cafe Racer terbaik sejak 1964, Triumph Thruxton akan menamatkan pengeluaran model ini pada tahun 2024 nanti. Sebagai tanda perpisahan, Triumph telah melancarkan Thruxton Final Edition yang menawarkan gaya eksklusif digabungkan dengan spesifikasi dan prestasi yang luar biasa.

Berdasarkan Thruxton RS yang terkenal dengan dengan prestasi hebat, tangkas dan spesifikasi premium, edisi terhad ini adalah hasil daripada pembangunan Thruxton selama ini. Edisi Akhir Thruxton menggabungkan gaya dan keanggunan tradisional RS yang sememangnya cukup menggiurkan.

Thruxton ini juga didatangkan dengan sijil bernombor VIN unik eksklusif yang ditandatangani oleh 'team' pereka Thruxton 1200 termasuk CEO Triumph, Nick Bloor. Ini adalah peluang yang menarik dan eksklusif peminat Triumph Thruxton untuk mendapatkan sebuah jentera penuh sejarah Triumph yang tidak lagi dikeluarkan lagi ke pasaran.

Model ini disempurnakan dengan enjin Bonneville 1200cc, Euro 5, yang menghasilkan 105ps dengan tork 112Nm. Untuk keselesaan tunggangan, Thruxton turut dilengkapi dengan Mod Tunggangan dengan tiga pilihan iaitu Road, Rain & Sport.

Warna hijau, keemasan yang elegan ini dipadankan dengan Lampu-lampu LED dengan sistem DRL Daytime Running Light. Kecekapan jentera ini dipelbagai jenis jalanan datang dari fork hadapan jenis Showa USD 'Big Piston' boleh laras dan saspensi belakang Öhlins berkembar jenis 'piggy-back'.

Antara ciri-ciri menarik:

  • Rim aluminium berjejari bersaiz 17” dipasang pada tayar Metzeler Racetec RR
  • Brek cakera dengan angkup Brembo M50 beserta sistem ABS
  • Panel berkembar
  • Port USB
  • Warna Competition Green cukup mantap
  • Warna emas pada tangki bahan api
  • Lambang 'Final Edition' pada bahagian enjin.
  • Sijil pengesahan pemilikan

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia