RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 Oktober 2023

Mforce Lancarkan Skuter Elektrik Baru, YADEA E8S Pro

MForce Bike Holdings Sdn Bhd telah melancarkan sebuah model skuter elektrik terbaru ke pasaran negara tempatan iaitu YADEA E8S Pro yang hadir dengan teknologi TTFAR untuk tenaga yang lebih efisien.

Model E8S Pro juga telah berjaya melepasi piawaian yang ditetapkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan memenuhi syarat untuk didaftarkan seperti motosikal enjin konvensional.

YADEA E8S Pro dilengkapkan dengan pek bateri Graphene yang besar 72 volt dan 38Ah serta Ia digerakkan dengan motor elektrik 2000W yang menghasilkan tork sekitar 140 Nm.

Model ini menggunakan pacuan akhir jenis tali sawat dan mempunyai dua mod tunggangan iaitu Eco dan Sport yang menjadikannya sebuah jentera yang cukup ideal untuk tunggangan urban dengan jarak yang tidak terlalu jauh. Ia hadir dengan tiga pilihan warna menarik iaitu Space Gray, Matte Sea Blue dan Black.

Jenama YADEA telah diperkenalkan di acara Malaysia Autoshow 2023 pada bulan Mei yang lalu. Mforce kini telah pun mempunyai sebuah pusat pameran dan jualan yang telah beroperasi sepenuhnya di Jalan Kelawai, Georgetown, Pulau Pinang dan sedang merancang untuk memperluas lagi lokasi rangkaian pusat pameran dan jualannya.

Skuter elektrik ini akan mula dijual dalam tempoh terdekat melalui pengedar sah MForce yang terpilih di seluruh negara.

Antara ciri-ciri menarik YADEA E8S Pro ialah:

  • sistem lampu LED
  • panel meter digital
  • brek hadapan dan belakang jenis cakera
  • ruang simpanan berkapasiti 32 liter
  • pelana setinggi 740 mm.
Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.