RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 22 Oktober 2023

Ducati Multistrada V4 RS (2024) Dilancarkan

Ducati Multistrada tidak pernah menggugurkan aspek lebih agresif berbanding dengan motosikal sport-touring yang lain, khususnya bermula versi yang kedua. Tetapi prestasi ini melonjak lebih tinggi lagi apabila pembuat dari Itali ini menghasilkan Ducati Multistrada V4 pada 2021. Tidak cukup itu, mereka menganjak lagi titik perbandingan dengan varian Pikes Peak. Tetapi, kalau hendakkan yang lagi unggul, Ducati Multistrada V4 RS (2024) pula dilancarkan.

Multistrada V4 ini sudah amat laju: Ketika Min uji motosikal ini, ia tidak suka ditunggang perlahan di bawah kelajuan 160km/h, dan paling selesa ialah kelajuan 180km/h ke atas. Namun, mungkin ada pelanggan yang mahukan varian yang lebih agresif agar dapat sampai Phuket dalam sehari dari Kuala Lumpur agaknya...

Maaf, kami hanya bergurau.

Apapun, Multistrada V4 RS ini dilengkapi dengan enjin Panigale V4 dan Streetfighter V4 yang digelar Desmosedici Stradale, berbanding dengan Multistrada V4, V4 S, dan V4 Pikes Peak yang menggunakan enjin Granturismo. Beza yang terbesar ialah enjin Stradale menggunkan sistem injap Desmo (desmodromic) manakala enjin Granturismo menggunakan sistem injap yang biasa.

Kuasa maksimum varian enjin Stradale ini ialah 180hp pada 13,500 RPM (2,000 RPM lebih tinggi daripada varian Granturismo), dengan tork maksimum 118Nm pada 9,500 RPM. Anda boleh lihat bahawa terdapat perbezaan 4,000 RPM di antara kuasa maksimum dan tork maksimum, bermaksud enjin ini ditala untuk memberikan daya tujahan dan pikap yang kuat. Selain daripada itu, nisbah mampatannya ialah 14:1 dan kira sudah agak tinggi untuk motosikal jalanan.

Fungsi Ducati Quickshifter ialah standard, tetapi varian Multistrada ini menggunakan klac kering STM Evo-SBK.

Ciri-ciri lain termasuklah kerangka belakang yang dibuat daripada titanium. Kerangkan ini mengurangkan 2.5kg daripada keberatan asal.

Ergonomik Multistrada V4 RS ini lebih agresif berbanding dengan varian yang lain. Pemijak kakinya diletakkan lebih tinggi dan ke belakang dan handelnya mempunyai bentuk yang berada di atas pengikat fork. Sebagai perbandingan, handel model Multistrada yang lain diunjurkan ke belakang agar penunggang duduk dengan lebih tegak.

Ciri-ciri elektroniknya juga baharu. Ia dilengkapi dengan fungsi empat pilihan kuasa enjin iaitu Full (Penuh), High (Tinggi), Medium (Pertengahan), dan Low (Rendah), selain daripada kawalan cengkaman tayar, kawalan wheelie (bukan "willy" ya, "willy" bermaksud kemaluan lelaki dalam bahasa kiasan), kawalan brek enjin, termasuklah quickshifter yang dikatakan tadi. Mod tunggangan termasuk Race, Sport, Touring dan Urban (Bandar).

Ducati Multistrada V4 RS (2024) dijual di Amerika pada harga USD37,995 (RM181,141.16) jadi, berapa harganya apabila sampai di Malaysia kelak? RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Didi Group, pengimport dan pengedar tunggal Aprilia di Malaysia, memperkenalkan model istimewa Aprilia RS 457 GP Replica sempena PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 di Litar Antarabangsa Sepang pada 30 Oktober lalu. Lebih istimewa, majlis pelancaran tersebut turut diserikan dengan kehadiran pelumba Aprilia Racing MotoGP, Marco Bezzecchi.

Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.