RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 26 Oktober 2023

Suzuki V-Strom 1050 Baru Hadir Ke Pasaran Malaysia

Suzuki Malaysia Sdn Bhd mengumumkan kehadiran edisi terkini siri jentera pengembaraan, V-Strom 1050 2023. Model baru ini menawarkan prestasi, pengendalian mantap dan daya tahan yang cukup tinggi agar dapat menangani pelbagai jenis jalan serta keadaan cuaca.

Glass Blaze Orange/Metallic Mat Black
Glass Blaze Orange/Metallic Mat Black

Meneruskan legasi jentera pengembara Suzuki, siri V-STROM 1050 menawarkan pengalaman bermotosikal ke tahap yang lebih tinggi dengan adanya Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) yang dikemas kini. Sistem ini memberikan tahap keselesaan dan pengendalian yang lebih mantap.

Pearl Vigor Blue/Metallic Black
Pearl Vigor Blue/Metallic Black

Ciri-ciri menarik siri V-Strom 1050:

  • Enjin 1037cc V-kembar yang berprestasi tinggi
  • Tayar hadapan bersaiz 19-inci, belakang 17-inci yang sesuai untuk semua jenis tunggangan
  • Cermin pengadang angin 'touring' boleh laras
  • Suzuki Intelligent Ride System (S.I.R.S.) - Cruise Control, sistem Quick Shift
  • Panel meter TFT 5-inci berwarna penuh
  • Sistem ABS (boleh dinyah aktifkan)
Pearl Vigor Blue/Metallic Black
Pearl Vigor Blue/Metallic Black

V-Strom 1050 baru ini adalah unit Completely Built-Up (CBU) dari Jepun dan hadir dalam dua pilihan warna iaitu Pearl Vigor Blue/Metallic Black (CGI) dan Glass Blaze Orange/Metallic Mat Black (CGH).

Harga asas untuk model ini ialah RM78,800 (tanpa insurans, cukai jalan dan pendaftaran) dan telah pun berada di ruang pameran Suzuki Big Bike World di seluruh negara. RR

Isu Pada

Disember 2023

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.