RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 28 Oktober 2023

BMW M 1000 XR (2024) Dilancarkan

Seperti yang dijangkakan, motosikal sport-touring BMW M 1000 XR (2024) telah dilancarkan.

Sesebuah motosikal BMW dengan huruf "M" merupakan yang lebih istimewa, seperti yang mula-mula sekali dipelopori dengan model M 1000 RR. BMW juga nampaknya hendak berebut gelaran "super sport-tourer" di kalangan pesaing yang lain termasuk KTM 1290 Super Duke GT, Ducati Multistrada V4 (versi Pikes Peak dan RS), Kawasaki H2 SX dan sebagainya.

Enjin banjaran XR diadaptasi daripada enjin superbike S 1000 RR empat silinder, termasuklah dengan ciri ShiftCam. Versi M ini menghasilkan 201hp pada 12,750 RPM yang merupakan 31hp lebih tinggi daripada S 1000 XR yang standard. Tork maksimum ialah 113Nm pada 11,000 RPM. Prestasi ini dapat memecutkan motosikal ini daripada 0 ke 200km/j dalam hanya 7.2 saat, dengan top speed 274km/j.

Ia menggunakan kerangka aluminium dengan enjin sebagai bahagian yang berbeban. Fork depan ialah 45mm jenis terbalik dan dikawal oleh sistem elektronik BMW Dynamic ESA. Rim standardnya merupakan jenis ditempa tetapi pemilik boleh membeli rim M Carbon secara tersendiri atau sebagai pakej M Competition. Berat basnya ialah 223kg.

Sebenarnya banyak lagi ciri-ciri motosikal ini, khususnya daripada segi elektronik seperti semua motosikal BMW. Ia akan mengambil terlalu banyak ruang di sini jadi kami hanya akan menunjukkan harganya iaitu US$29,995 (RM143,331.11). Baguslah, ada lagi motosikal buat golongan kayangan. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.