RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 November 2023

Italjet Dragster 559 Twin - Skuter yang Dapat Memukau Hati Bruce Wayne

Jenama skuter Italjet sudah terkenal dengan rekabentuk yang revolusioner. Tetapi sekarang Italjet Dragter 559 Twin telah dilancarkan dengan rekabentuk yang begitu revolusioner, mungkin Bruce Wayne/Batman pun menggemarinya.

Pembuat motosikal sering mengubah rekabentuk konsep apabila sesuatu model sampai di tahap produksi. Tetapi berita baiknya ialah Italjet telah berkata yang model "final" iaitu model produksi akan mengikut rekabentuk motosikal yang dilancarkan di EICMA 2023!

Bukan sekadar rekabentuk yang canggih, ia akan menggunakan enjin 2 piston (nama "Twin" bermaksud enjin dengan 2 silinder berkembar) dengan penyejukan cecair, 8 injap, DOHC. Ia dikatakan akan menghasilakn 58.33hp pada 8,500 RPM dan tork 55Nm pada 6,500. Selain daripada itu, ia bukan skuter jenis CVT kerana ia menggukan kotak gear 6 kelajuan dengan slipper clutch, dan pacuan akhir jenis rantai.

Suspensi depan berupa fork terbalik 48mm dan monoshok di belakang yang boleh dilaras ketinggian. Brek depan ialah sepasang cakera 270mm. Roda depan dan belakang dibuat daripada aloi dan berukuran 15-inci, dan menggunakan tayar Pirelli Diablo.

Italjet belum mengumumkan harga motosikal ini tetapi mereka telah merancang akan melancarkan kempen pesanan awal kelak. Kami amat berharap ia akan sampai ke Malaysia!

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda PCX160 Kembali ke Malaysia Selepas 6 Tahun - RM12,998

Honda PCX160 tiba semula ke pasaran negara pada harga RM12,998.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

BMW 450RR Dilancarkan. Hadir Dengan Pakej Cukup Menarik!

Tapi kali ini, BMW bawa sesuatu yang lebih kecil ke dalam keluarga RR mereka menerusi BMW F 450 RR, sebuah motosikal sport bersaiz sederana yang tampil dengan enjin 420cc, dua silinder (parallel-twin) dan sistem sejukan cecair.