RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 23 November 2023

Aveta Malaysia Lancarkan Ranger Max Explorer, Cub Kembara Pertama!

Aveta Malaysia baru sahaja melancarkan model 'Cub Kembara' pertama di Malaysia iaitu Ranger Max Explorer. Pengenalan kepada model baru ini pastinya memberi lebih banyak pilihan buat para peminat motosikal khususnya mereka yang cintakan alam semula jadi.

Model baru ini menawarkan rekabentuk gaya retro moden yang menjanjikan pengendalian yang mudah dan menyeronokkan. Enjinnya bersaiz 127cc, sistem penyejuk cecair, 4 lejang, SOHC yang menawarkan hantaran kuasa 7.5kW pada 8,000rpm dan tork 10.5Nm pada 5,500rpm.

Untuk memudahkan pergerakan di laluan lasak, kedudukan tempat pemijak diselaraskan untuk kawalan yang lebih baik walaupun ketika menunggang berdiri. Jarak kelegaan tanah untuk Aveta ini ialah 180mm yang sememangnya direka untuk kelancaran perjalanan di dalam kawasan hutan.

Rekabentuk model ini memang cukup unik dan menarik! Elemen retro dapat dilihat dengan jelas menerusi rekaan 'bentuk bulat' pada bahagian lampu hadapan, lampu isyarat, panel meter, cermin sisi dan penyambung utama casis. Bahagian paruh (peak), pelana dua bahagian, bar letak barang di depan dan ekzos panjang melintang di sisi kanan menambah kemantapan rupa wajah jentera ini.

Ranger Max Explorer menggunakan fork hadapan jenis teleskopik (agak panjang) manakala di belakang, ia lengkap dengan penyerap hentak berkembar berspring dengan tabung gas. Aveta baru ini hadir dengan casis jenis 'Double T-Bone' bertegaran tinggi yang membolehkannya membawa bebanan tanpa masalah serta pergerakan lebih lancar khususnya di laluan lasak lebih baik.

Model baru ini didatangkan dalam dua warna pilihan iaitu Kuning Sierra, Hijau Forrest dan ditawarkan pada harga asas RM6,988 dengan jaminan waranti selama dua tahun atau 20,000km (yang mana terdahulu).

Aveta Ranger Max Explorer akan berada di semua wakil pengedar sah Aveta mulai 11 Disember 2023. Lima ratus pelanggan pertama akan menerima kemeja-T eksklusif, Ranger Max Explorer (selagi stok masih ada). Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.aveta.com.my. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Suzuki GSX-8TT 2027 Tampil Dengan Warna Merah Serba Baru!

Jentera 'retro-moden', Suzuki GSX-8TT bakal memasuki tahun model 2027 dengan perubahan yang cukup menarik dengan memperkenalkan warna Candy Daring Red.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Pandu Uji

KOVE 800X GT: Best Untuk Kembara...Syok Di Selekoh

Untuk model yang baru sahaja saya pick-up iaitu KOVE 800X GT, saya rasa lebih baik kalau dibawa keluar jauh. Bukan setakat pusing-pusing bandar.