RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 November 2023

CFMoto CL-C dan CFMoto CL-X Spirit Dilancarkan

CFMoto CL-C Low Ride dan CFMoto CL-X Spirit telah dilancarkan dan kedua-dua model ini memaparkan ciri rekabentuk neo-retro yang amat agresif.

CFMoto telah mengorak langkah yang serius dalam menghasilkan pelbagai motosikal yang agresif. Mereka juga telah bekerjasama dengan KTM, serta perekabentuk KTM, Kiska untuk sekian lama. Selain daripada itu, mereka telah juga menandatangani memo kerjasama dengan Yamaha baharu-baharu ini.

Model CL-C Low Ride merupakan motosikal jenis cruiser yang berasaskan cruiser retro CL-C tetapi ditambah lagi dengan ciri-ciri rekabentuk yang lebih "mengancam" seperti tangki teardrop yang disalut krom, lampu LED, dan pelana yang rendah bagi menonjolkan sifat "bobber." Bahagian depannya terdiri daripada lampu berbentuk bulat dan suspensi jenis cantilver dengan springnya yang diletak mendatar di antara kedua-dua "kaki" fork. Model pameran ini menggunakan ekzos SC Project.

Bagi model CL-X Spirit pula, ia berbentuk scrambler retro dengan ciri lasak (off-road). Ia diilhamkan daripada banjaran 700 CL-X yang amat popular di seluruh dunia kerana prestasi, rekabentuk, dan ciri serba boleh. Varian Spirit in dipasang dengan ekzos tinggi berkembar, pelana "bergulung", dan ekor yang pendek. Ia juga menggunakan rim berlidi dan tayar dengan blok getah yang kasar untuk off-road. Fork depannya juga kelihatan seperti Ohlins jenis terbalik. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.