RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 27 November 2023

Fantic Imola 125 - Kecil-kecil Cili Padi

Fantic boleh dikatakan amat terkenal sekarang, apa lagi setelah model scrambler retro Cabellero 700 mereka mendapat kedudukan yang begitu baik di dalam perlumbaan lasak Rimba Raid. Sekarang, Fantic ingin mengembangkan banjaran motosikal mereka dengan sportbike Fantic Imola 125 pula.

Nama Imola merupakan nama litar lagenda di Itali. Oleh itu, Fantic membuatkan model ini lebih ringan tetapi dengan ciri-ciri yang terkini, serta enjin Yamaha dan casis berspesifikasi tinggi.

Bermula dengan enjin, ia merupakan unit kuasa yang terdapat pada Yamaha MT-125 dan YZF-R125. Enjin yang dibuat oleh Minarelli ini menghasilkan hantaran kuasa setinggi 15hp.

Fantic mula mengambil bahagian di dalam Kejuaraan Moto2 Dunia pada 2023 dan kerangka motosikal ini diilhamkan oleh apa yang dipelajari. Oleh itu, kerangkanya merupakan jenis kombinasi aluminium dan keluli. Lengan ayunnya dihasil menggunakan aluminium, saspensi depan dan belakang boleh dilaras sepenuhnya, dan dipasang dengan sistem brek Brembo. Sistem ABS model ini menggunakan data daripada IMU bagi ciri ABS selekoh.

Fantic berkata konsep ini ialah untuk kegunaan di atas litar justeru varian jalanan mungkin berlainan sedikit kerana terpaksa dipasang dengan lampu dan sistem-sistem lain untuk kegunaan di atas jalan awam. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

Honda global melancarkan model serba baharu iaitu CRF1150L Africa Twin Enduro Sports.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 Lebih Meriah... Lebih Mencabar

Seramai 393 penunggang motosikal dari seluruh negara menyertai Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026 yang berlangsung di Gerik, Perak pada pertengahan September yang lalu.