RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 12 Disember 2023

Yamaha Ténéré 700 Explore 2024

Yamaha Eropah memperkenalkan model baru Ténéré 700 Explore 2024 yang diinspirasikan oleh model Yamaha XT yang pernah menjuarai Perlumbaan Rali Dakar. Yamaha Ténéré diperkenalkan 40 tahun lalu yang dilengkapi dengan tangki bahan api bersaiz besar, enjin tork tinggi dan casis tahan lasak. Jentera Adventure pertama dari Yamaha ini memberi inspirasi buat para penunggang untuk meneroka dunia. Ténéré 700 terbukti sebagai salah satu model Yamaha yang paling berjaya.

Model baru ini hadir dengan pelana setinggi 860mm (lebih rendah daripada sebelumnya) agar ia lebih mudah diakses oleh semua peminat sukan motor lasak. Sistem suspensi KYB depan dan belakang direka semula dengan pengurangan jarak roda 20mm untuk mendapatkan tempat duduk yang lebih rendah agar penunggang mudah menjejakkan kaki ke tanah.

Skrin Ténéré 700 Explore adalah lebih tinggi dan lebih lebar berbanding model standard. Ini memberikan permukaan 50% lebih besar untuk keselesaan menunggang yang lebih baik khususnya ketika menunggang dalam cuaca buruk.

Kotak barang sisi didatangkan sebagai aksesori standard dan pelanggan tetap boleh memilih untuk menggunakan kotak barang jenis lembut yang ditawarkan sebagai aksesori pilihan oleh Yamaha dengan kos tambahan.

Model Explorer ini masih menggunakan enjin dua silinder, sistem penyejuk cecair, DOHC yang berkuasa 73.4hp pada 9,000rpm dan tork 68.0 Nm pada 6,500 rpm. Untuk melancarkan pergerakan, Yamaha turut melengkapkannya dengan sistem Quick Shifter.

Yamaha Ténéré Explorer hanya ditawarkan dalam warna Tech Kamo dengan rekacorak khas yang cukup mantap. RR

Ciri-ciri menarik Tenere 700 Explorer:

  • Fork KYB 43mm, jarak roda 190mm
  • Penyerap hentak belakang boleh laras
  • Pelana lebih rendah (860mm)
  • Cermin penghadang angin (skrin) lebih besar
  • Kotak barang sisi (aksesori standard)
  • Sistem Quick Shifter

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Warta Roda

Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

Yamaha Blu Universe pertama di Malaysia

Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.