RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Disember 2023

Fantic Caballero 125 dan Fantic Caballero 500 Ditingkatkan untuk 2024

Bajaran scrambler Fantic Caballero 125 dan Fantic Caballero 500  telah menjadi agak popular di Eropah, dan jenama Itali meningkatkan tahap prestasi dan teknologi model-model ini untuk 2024.

Untuk model tahun 2024, Fantic Caballero 125 dan 500 menerima banyak kemaskini teknikal, tanpa merngubah gaya keseluruhan. Selain itu, Fantic menawarkan Caballero dalam tiga varian: Rally, Deluxe dan Explorer.

Sebagai permulaan, lampu depan LED baharu yang menampilkan 24 LED untuk kecerahan luarbiasa walaupun di jalan dan denai paling gelap. Penunjuk belok dan lampu belakang juga LED bagi meningkatkan keterlihatan dalam keadaan cahaya malap. Terdapat juga kluster instrumen LCD 4-inci baharu dengan paparan yang dipertingkatkan. Paparan baharu termasuk penunjuk gear, takometer dan tolok suhu. Model 2024 juga membawakan penghalusan teknologi seperti pautan telefon pintar Bluetooth untuk anda dapat memantau panggilan dan pemberitahuan.

Fantic telah memberikan enjin satu silinder mereka sedikit semakan untuk meningkatkan kelancaran. Khususnya untuk Caballero 500, enjin telah diberikan pemetaan baharu yang meningkatkan tindak balas pendikit. Sementara itu, 125 mengekalkan enjin Minarelli dengan sistem pemasaan injap berubah-ubah. Selain penambahbaikan enjin, Caballero juga mendapat manfaat daripada lengan ayun aluminium baharu yang bukan sahaja lebih teguh daripada keluli tetapi juga lebih ringan sebanyak 2kg. Oleh itu, Caballero 500 2024 mempunyai berat kering hanya 149kg. Berat basah motosikal ini di sekitar 165kg dengan tangki penuh 12 liter. Keberatan itu masih jauh lebih ringan daripada banyak scrambler di pasaran.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM Malaysia secara rasmi memperkenalkan model adventure yang menawarkan tiga varian iaitu 1390 Super Adventure R, S dan S EVO.

Warta Roda

Honda ADV160 RoadSync Kini Dengan Warna Perlumbaan Trico

Boon Siew Honda Sdn. Bhd. memperkenalkan Honda ADV160 Trico Edition dengan Honda RoadSync, yang menampilkan corak warna merah, putih dan biru yang telah membawa semangat perlumbaan Honda sejak sekian lama.

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700