RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 31 Disember 2023

Skuter Adventure SYM ADXTG 400 Dilancarkan

Ingatkan Honda ADV160 baharu tetapi rupanya SYM ADXTG 400 baharu.

Segmen skuter adventure semakin berkembang dan ramai pembuat memasukki pasaran dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Menariknya, Honda yang boleh dikatakan memulakan sub-segmen ini dengan pelancaran X-ADV pada tahun 2016 dan mengikutinya dengan varian yang lebih kecil seperti ADV350 dan ADV160. Pembuat motosikal Jepun yang lain pula nampaknya telah mengelakkan diri daripada segmen itu dan ia membuka ruang untuk skuter ADV baharu daripada pembuat Eropah, China dan Taiwan.

Salah satu yang baharu ialah SYM ADXTG 400 yang baharu ini. Ia tidak banyak menyembunyikan inspirasi rekabentuknya daripada skuter adventure yang lain, seperti rekabentuk badan yang lasak, tayar dwiguna, suspensi jarak jauh (untuk skuter) dan juga plat pelindung enjin, dan ekzos terbalik. Bukan sekadar itu sahaja, ADXTG 400 mendapat lengan ayun aluminium yang tidak biasa ditemui pada skuter.

Daripada segi prestasi, SYM ADXTG 400 dilengkapi dengan enjin 399cc, penyejukan cecair, suntikan bahan api, satu silinder dengan 35hp dan tork 36.6Nm. Pakej teknologi skuter juga premium kerana ia dilengkapi dengan ABS Bosch dan kawalan cengkaman. Penunggang dapat menutup ABS roda belakang untuk menunggang di luar jalan. Terdapat juga lampu LED penuh, dan amaran brek kecemasan yang mengelipkan lampu brek ketika membrek kecemasan.

SYM belum mendedahkan harga model ini tetapi ia dianggarkan akan berada di dalam pasaran global pada 2024.

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Marco Bezzechhi Cemerlang di Mandalika

Marco Bezzecchi mencuri tumpuan apabila menjuarai Grand Prix Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika, sekali gus menghidupkan semula cabarannya dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2026.

Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Warta Roda

Skuter Retro 125cc Bawah RM4k Bakal Masuk Pasaran

Wow...katanya para peminat dua roda tanahair bakal mempunyai satu lagi pilihan menarik apabila sebuah jenama motosikal dijangka akan hadir ke pasaran negara dengan mengenengahkan skuter berkonsepkan retro.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.