RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 5 Januari 2024

WMOTO Masuki 2024 Dengan Model Baru RT2. Harga bermula RM16,888

WMOTO Malaysia melangkah masuk ke tahun 2024 dengan melancarkan model terbaharu, RT2. Model ini hadir dengan tiga warna pilihan iaitu Metallic Gold, Pure White dan Majestic Black dengan harga permulaan RM16,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

Model terbaru ini menampilkan spesifikasi yang terkini, serta reka bentuk yang lebih aerodinamik menjadikan RT2 ini sempurna untuk kegunaan harian atau pengembaraan ke pelbagai destinasi menarik.

WMOTO RT2 disempurnakan dengan enjin silinder tunggal 246.9cc, 4-lejang yang memiliki hantaran kuasa setinggi 17kw pada 7,500rpm dan tork 22.5Nm pada 6,000rpm. RT2 didatangkan dengan tayar hadapan bersaiz 110/80-14 dan belakang 140/60-13 yang dipadankan dengan sistem brek cakera beserta sistem Brek Anti-kunci (ABS).

WMOTO RT2 yang mempunyai ciri-ciri premium dan ‘Adventure’ yang direka untuk kegunaan lasak dan juga santai. Model terbaharu WMOTO ini didatangkan dengan cermin penghadang yang boleh dilaras serta kamera papan pemuka hadapan dan belakang di mana para penunggang dapat merekodkan perjalanan anda.

Selain itu juga, skuter ini menggunakan sistem kunci pintar yang mudah digunakan untuk menghidup dan mematikan enjin. Sistem ini juga termasuk dengan ciri Alarm Key Findings turut terdapat pada teknologi ini. Ianya berfungsi untuk pemilik skuter ini mengetahui lokasi skuter mereka lebih-lebih lagi di kawasan parkir.

Antara ciri-ciri lain yang menarik:
Panel meter TFT
2 tempat Port pengecas USB (depan & bawah pelana)
Fork hadapan jenis teleskopik
Lampu-lampu LED 4-lensa
Suis berlatarbelakang lampu
sistem monitor tekanan tayar (TPMS)


Dengan setiap pembelian WMOTO RT2, para pembeli boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Isu Pada

Februari 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Global: Honda CBR500R FOUR Serba Baru Diperkenalkan

Honda Eropah baru sahaja memperkenalkan model sport baru iaitu CBR500R FOUR yang kini hadir dengan enjin 4 silinder sebaris dan sistem E-Clutch yang sudah pasti menjanjikan kemantapan tunggangan di jalanan biasa, laluan berselekoh mahupun di dalam litar.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.