RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 15 Januari 2024

Benelli Tornado 400 Bakal Dilancarkan di Eropah

Benelli Tornado 400 didedahkan julung kalinya di China pada April 2023 (dengan nama Tornado 402) dan model yang siap telah dilancarkan di EICMA 2023. Jenama Benelli yang berada di bawah naungan Qianjiang Motors itu (yang turut bernaung untuk jenama-jenama Keeway, QJ Motor dan MBP) dijangka akan melancarkan model tersebut di benua Eropah pada pertengahan tahun ini.

Model ini menggunakan enjin dwi-silinder, DOHC, 399cc dengan penyejukan cecair yang lulus piawaian Euro 5. Ia menghasilkan 47.6hp dan kuasa dihantar melalui sebuah kotak gear enam kelajuan.

Enjin ini dipasang pada sebuah kerangka tiub keluli. Fork depan berukuran 37mm diameter, jenis terbalik. Suspensi belakang terdiri daripada sebuah monoshok dan lengan ayun sebelah yang amat menarik. Sistem brek depan terdiri daripada dua kaliper Nissin dan dua cakera brek.

Ciri-ciri lain termasuk lampu-lampu LED, skrin TFT 5-inci yang berwarna dengan pautan Bluetooth, port pengecas USB, serta sistem pengawasan tekanan angin tayar.

Berat basahnya dengan tangki petrol yang penuh (14.8 liter) dikatan sekitar 172kg sahaja.

Adakah MForce akan membawa model Benelli Tornado 400 ini ke Malaysia?

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

Aveta Nova 250 G Elite Edition Diperkenalkan! Harga asas RM14,888

Aveta Malaysia terus mengukuhkan kedudukannya dalam pasaran motosikal Malaysia menerusi pembukaan rasmi G Elite Motor – Aveta Elite Centre di Shah Alam, Selangor.