RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 17 Januari 2024

Karizma XMR 2024 – Model Sport Terbaru Dari Hero Motorcycles

Hero Motorcycles memilih ruang pameran EICMA untuk memperkenalkan jentera sport barunya Karizma XMR yang menawarkan prestasi enjin mantap serta rekabentuk yang aerodinamik. Diperkenalkan dalam tiga warna pilihan iaitu Iconic Yellow, Matte Phantom Black dan Turbo Red.

Model sport baru ini dimantapkan dengan sistem pencahayaan jenis LED, panel meter digital yang semestinya hadir dengan paparan cukup jelas.

Iconic Yellow.
Iconic Yellow.

Model baru ini disempurnakan dengan enjin 210cc 4 lejang, 4 injap, silinder tunggal, DOHC, sistem penyejuk cecair yang memiliki hantaran kuasa maksimum 25.5Ps pada 9,250rpm dan tork 20.4Nmn pada 7,250rpm.

Kemantapan pengendalian hadir daripada kerangka keluli jenis Trellis yang dipadankan dengan fork hadapan jenis teleskopik, 37mm dan penyerap hentak belakang jenis tunggal dengan pra-beban boleh laras.

 Turbo Red.
Turbo Red.
Matte Phantom Black.
Matte Phantom Black.

Karizma XMR dilengkapi dengan sistem transmisi 6 kelajuan dengan sistem Slip & Assist Clutch untuk tunggangan padu khususnya di laluan berselekoh. Tayar-tayar bersaiz 100/80-17 (depan) & 140/70-17 (belakang) yang dikawal oleh brek cakera jenis berkelopak beserta sistem ABS dua saluran.

Panel meter digitalnya memaparkan pelbagai info penting seperti tahap kelajuan, putaran rpm, posisi gear, jam, status bateri, meter perjalanan, tahap bahan api, sistem penyambungan telefon pintar, panggilan masuk/sms dan sistem navigasi. RR

Antara ciri-ciri menarik:

  • Cermin pengadang angin boleh laras
  • Bar hendal boleh laras
  • Penyerap hentak belakang bergas
  • Soket USB
  • Ekzos sporty


 

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

Model kembara mewah, Brixton K750GT bakal masuki pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.