RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 Januari 2024

WMOTO Tampil ke Pasaran Dengan SM125i. Harga asas RM5,888

Pulau Pinang: WMOTO telah melancarkan moped baru untuk tahun ini iaitu SM125i dengan harga asas RM5,888 (tidak termasuk insurans dan cukai jalan).

WMOTO SM125i ini didatangkan dengan enjin 123.7cc, silinder tunggal, 4-lejang SOHC, sistem suntikan bahan api elektronik dan transmisi empat kelajuan. Enjin baru ini mampu menghasilkan kuasa 5.8kw pada 8,000rpm dan tork 8.5Nm pada 6,000rpm.

Model baru ini dilengkapkan dengan sistem saspensi jenis teleskopik yang dipadankan dengan sepasang brek berspring. Tayar hadapannya bersaiz 70/90-17 manakala tayar belakang pula bersaiz 80/90-17 yang dipadankan dengan sistem brek cakera.

​​

WOTO SM125i merupakan motosikal moped 125cc pertama menggunakan panel meter digital pelbagai warna. Walaupun ia berkonsep motosikal ekonomi, model terbaharu WMOTO ini tetap dilengkapkan dengan lampu LED.

Antara yang menarik ialah soket pengecas, ruang simpanan bawah pelana yang cukup besar dan praktikal.

Dengan berat cuma 96kg, ia meningkatkan keyakinan kita untuk mengendalikan jentera ini di mana-mana sahaja.

WMOTO perkenalkan model ini dengan tiga warna pilihan iaitu Radiant Yellow, Luminous Blue dan juga Blazing Red. Dengan setiap pembelian WMOTO SM125i, para pelanggan boleh menikmati jaminan waranti perbatuan tanpa had untuk tempoh dua tahun serta perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. RR

Isu Pada

Mac 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

Voge DS800X Rally Sudah Berada di Pengedar Mforce Seluruh Negara

Voge DS800X Rally akhirnya tiba ke pasaran negara.

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.