RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 1 Februari 2024

Ducati Desmo450 MX Prototype Dilancarkan...

Selepas Ducati mengumumkan mengenai kemasukan mereka ke dalam dunia motocross, Ducati Corse Off-Road yang bertanggung jawab dalam aktiviti perlumbaan lasak telah mempersembahkan dua model prototaip yang akan digunakan oleh pelumba Antonio Cairoli dan Alessandro Lupino pada 2024, di Madonna di Campiglio untuk acara Campioni in Pista.

Ducati Desmo450 MX Prototype.
Ducati Desmo450 MX Prototype.

Berita ketibaan model tersebut mendapat impak besar dan spekulasi apabila spesifikasi model ini turut didedahkan. Akhirnya kita dapat melihat dengan baik model 450 baharu, secara rasminya dipanggil Desmo450 MX. Model ini yang dikatakan sebagai versi prototaip pertama yang akan menjadi rangkaian penting dalam penghasilan jentera motocross.

Untuk lebih JELAS, ini adalah sebuah mesin prototaip dari jabatan perlumbaan kilang Ducati (Ducati Corse Off-Road). Ini juga bermakna, beberapa komponen yang anda lihat sekarang ini berkemungkinan besar tidak akan sama dengan model pengeluaran.

Model baru ini diberikan liveri perlumbaan dan akan dipamerkan dalam pertandingan tahun ini – dalam Motocross Pro - Prestige MX1 Championship oleh Ducati Corse R&D - Factory MX. Pasukan diuruskan oleh Corrado dan Marco Maddii. Sasaran perlumbaan musim pertama ini terutamanya untuk memperoleh data dan maklumat dalam perlumbaan untuk tujuan pembangunan Desmo450 MX.

Ducati terus mengekalkan penggunaan kerangka keluli jenis trellis keluli (seperti pada DesertX). Seperti kebanyakan model sportnya yang menggunakan kerangka aluminium, kita dapat melihat dengan jelas Ducati menggunakan bingkai aluminium twin-spar untuk jentera Desmo450 MX.

Tony Cairoli 'kiri' & Alessandro Lupino.
Tony Cairoli 'kiri' & Alessandro Lupino.

Antara ciri-ciri menarik lain yang dapat dikongsikan buat masa ini ialah lengan ayun aluminium, ekzos Akrapovic, rantai D.I.D, brek-brek jenis Brembo. Masih tidak banyak spesifikasi yang dikongsikan oleh pihak Ducati. Jadi...kita tunggu saja dulu. RR

Isu Pada

April 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Dari Litar

Hakim Danish Gegarkan SIC. Nyaris Podium Di Laman Sendiri

Muhammad Hakim Danish Ramli membuktikan bahawa dirinya mempunyai semangat juang luar biasa apabila menamatkan perlumbaan Moto3 Grand Prix Malaysia 2026 di tempat keempat di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).

Dari Litar

SIC Sasar 200,000 Pengujung Tahun Ini, Hakim Danish Bakal Menjadi Tumpuan di GP Malaysia

PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2026 bakal kembali berlangsung di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (SIC) dari 30 Oktober hingga 1 November ini.

Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

Model Baru

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

KTM Malaysia secara rasminya memperkenalkan model supersport baharu iaitu 990 RC R.