RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 19 Februari 2024

Triumph Dedahkan Beberapa Peningkatan Untuk Tiger 1200 2024 Baru!

Triumph Motorcycles telah mendedahkan ciri-ciri dan peningkatan baharu bagi siri Tiger 1200 2024. Dengan peningkatan dan perubahan yang dilakukan ini menjadikan rangkaian model Tiger ini lebih maju. Kemas kini termasuk penambahbaikan dari segi enjin, tahap keselesaan dan ergonomik yang dipertingkatkan. Jarak kelegaan tanah juga diperbaiki, pelana rekaan baru yang lebih rendah beserta Active Preload Reduction dan sudah pasti warna baru yang tersendiri.

Triumph Tiger 1200 GT Explorer.
Triumph Tiger 1200 GT Explorer.

Tiger 2024 didatangkan dalam 4 varian dengan warna serba baru. TIger 1200 GT Pro dan GT Explorer berwarna Carnival Red dan Sapphire Black. Varian Tiger 1200 Rally Pro dan Rally Explorer pula memberi pilihan antara Matt Sandstrom, Jet Black dan Matt Khaki.

Triumph Tiger 1200 GT Explorer.
Triumph Tiger 1200 GT Explorer.
Triumph Tiger 1200 GT Pro.
Triumph Tiger 1200 GT Pro.

Enjin tiga silinder T-Plane bersesaran 1,160cc Tiger terbaru ini berkuasa 150Ps pada 9,000rpm dan tork 130Nm pada 7,000rpm yang memberikan pengalaman menunggang cukup padu. Triumph juga telah meningkatkan tahap keselesaan khusus untuk para pelanggan yang ingin mengembara. Kerangkanya jenis ringan, bertegaran tinggi - dipadankan dengan sub-kerangka aluminium yang menjadikan jentera itu lebih tangkas.

Triumph Tiger 1200 Rally Pro.
Triumph Tiger 1200 Rally Pro.
Triumph Tiger 1200 Rally Pro.
Triumph Tiger 1200 Rally Pro.

Saiz tayar untuk varian Rally Pro dan Rally Explorer ialah 21" depan dan 18" belakang manakala GT Pro dan GT Explorer pula bersaiz 19" depan dan 18" di belakang yang dikawal pula oleh sistem brek Brombo Stylema dengan Cornering ABS. Sistem penyerap hentak Advanced Showa semi-active pula menjanjikan pengendalian terbaik untuk jalanan biasa dan laluan-laluan offroad yang mencabar.

Triumph Tiger 1200 Rally Explorer.
Triumph Tiger 1200 Rally Explorer.

Pelana model baru ini memberikan ruang yang lebih luas buat penungganhg dan hadir dengan aksesori 'low seat 20mm' yang memjadikan tinggi pelana untuk versi GT Pro 830mm manakala Rally Pro pula kepada 855mm.

Triumph Tiger 1200 Rally Explorer.
Triumph Tiger 1200 Rally Explorer.
Triumph Tiger 1200 Rally Explorer.
Triumph Tiger 1200 Rally Explorer.

Posisi tempat pemijak untuk varian Tiger 1200 GT Pro dan GT Explorer juga dinaikkan dan didekatkan pada motosikal untuk tunggangan yang lebih dinamik khususnya di dalam selekoh. Tiger 1200 GT Pro dan Rally dibekalkan dengan tangki bahan api bersaiz 20 liter manakala saiz tangki untuk varian GT Explorer dan Rally Explorer pula 30 liter. RR

Trumph Tiger 1200 Rally Explorer.
Trumph Tiger 1200 Rally Explorer.

Triumph Tiger 1200 Rally Explorer.
Triumph Tiger 1200 Rally Explorer.

Antara ciri-ciri menarik lain:

  • Sistem Triumph Blind Spot Radar, pembangunan bersama Continental (hanya untuk GT Explorer & Rally Explorer sahaja)
  • Panel meter TFT 7-inci dengan sistem My Triumph Connectivity
  • Cornering Traction Control IMU
  • Mod Tunggangan
  • Sistem kunci pintar
  • Sistem lampu LED, Day TIme Running Light & Adaptive Cornering Light
  • Sistem Triumph Shift Assist
  • Pemanas pendikit dan pelana
  • Tyre Pressure Monitoring System (standard untuk GT Explorer & Rally Explorer sahaja)
  • Hill Hold
Isu Pada

April 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

Kawasaki Versys 900 2027: Versatil & Berkuasa

Kawasaki melangkah ke era lebih menarik dengan memperkenalkan Versys 900 2027, sebuah motosikal sport-touring yang menggabungkan enjin 948cc, empat silinder sebaris yang berkuasa 120hp pada 9,500rpm dan tork 9.3Nm pada 8,000rpm.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Warta Roda

Aveta Nova 200 Limited Edition Tiba ke Pasaran Negara - RM8,788

Aveta Malaysia turut memperkenalkan Nova 200 Limited Edition yang menampilkan warna dan kemasan berbeza berbanding varian standard.

Model Baru

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

HLYM secara rasminya melancarkan model supersport baharu iaitu YZF-R9.