RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 13 Mac 2024

Skuter 'Pelik' Peugeot SPx

Kalau bercerita mengenai motosikal, jarang atau mungkin kita tidak terfikir jenama Peugeot yang jauh lebih sinonim dengan pengeluaran kenderaan empat roda. Namun begitu, Peugeot sebenarnya sudah layak dikira 'otai' khusus dalam pengeluaran skuter di Eropah dan hakikatnya, mereka juga telah pernah memenangi (dengan Mahindra -penjenamaan semula) dalam Grand Prix Moto3 pada 2017.

Selepas itu, jenama ini kembali menyepi. Terkini, pengeluar motosikal dari Perancis itu kembali bersemangat untuk mengeluarkan produk yang menggabungkan bentuk 'neo-retro' dengan prestasi lebih moden tanpa mengenepikan nilai estetika. Maka, model SPx sudah mula kelihatan yang menampilkan rekabentuk cukup moden dan lain daripada yang lain, lihat sahaja bateri bersaiz besar yang diletakkan di atas kerangka aluminiumnya - pelik tetapi memang cukup padu! Ia dicipta berinspirasikan model Peugeot 103 yang dikeluarkan pada tahun 1971 yang lalu.

Kerangka aluminium monocoque dan enjin elektrik bukan lagi 'hal besar' dalam pasaran dua roda sekarang ini, tetapi SPx dilengkapkan dengan saspensi hadapan double-wishbone, dipadankan dengan lengan ayun dan hub pengemudi tengah. Rekaan bahagian hadapan ini sahaja sudah semestinya menarik perhatian ramai - unik sekali! SPx juga dipadankan dengan lengan ayun tunggal, sistem brek jenis cakera, panel meter TFT, lampu-lampu LED dan tayar-tayar bersaiz 16 inci.

Peugeot berkata "Projek SPx elektrik adalah gabungan sempurna antara kemodenan dan kemampanan kerana ia menggunakan bahan kitar semula. Skuter ini menawarkan tunggangan yang mendamaikan, penuh keseronokan di samping menzahirkan tanggungjawab individu terhadap planet ini.”

Walaubagaimanapun, Peugeot tidak pula kongsikan apa-apa yang berkaitan dengan prestasi skuter itu. Tiada sebarang info untuk kuasa atau nilai tork, termasuk jangka hayat bateri. Satu-satunya info teknikal yang jelas ialah saspensi hadapan yang disebutkan di atas. Buat masa ini, SPx hanyalah satu produk konsep. Peugeot juga tidak memberikan garis masa bilakah model ini berada dalam barisan unit pengeluaran. RR

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Warta Roda

MFORCE Tawar Tiga Model Motosikal Buat JSPT PDRM Dalam Program Proof of Concept (PoC)

Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), telah menganjurkan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat Mforce yang beroperasi di Valdor, Pulau Pinang.

Warta Roda

Yamaha BLU NEXUS: Pengalaman Premium Dunia Yamaha

Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) terus memperkukuhkan kedudukannya dalam industri motosikal Malaysia menerusi pengenalan Yamaha BLU Nexus, sebuah pusat pameran utama (flagship showroom) yang terletak di Kompleks Hong Leong Yamaha, Sungai Buloh, Selangor.

Warta Roda

Mengapa VOGE SR450X Lewat? Ini Penjelasan VOGE Malaysia

Menurut pihak MForce selaku pengedar rasmi jenama VOGE di Malaysia, kelewatan proses pemasangan model VOGE SR450X di Malaysia adalah disebabkan pihak VOGE telah membuat penambahbaikan ke atas bahagian tangki bahan api.

Model Baru

Ducati Panigale V4S 2027: Lebih Moden & Lebih Berkuasa

Ducati terus menhangatkan pasaran superbike dengan melancarkan Panigale V4 S 2027, sebuah jentera sport yang menggabungkan enjin Desmosedici Stradale V4, Sistem Saspensi Elektronik Öhlins dan rekabentuk aerodinamik yang diinspirasikan daripada dunia perlumbaan.