RodaRoda
☰
Isu Terkini

Oktober 2024

Model Baru / 20 Mac 2024

Husqvarna Svartpilen 801 2024 Dilancarkan

Husqvarna Motorcycles telah melancarkan model terbarunya iaitu Svartpilen 801 2024. Jentera ini merupakan motosikal segmen 'jalanan' dan memiliki sesaran enjin paling besar dalam barisan jenama ini. Dibina bagi menawarkan keseronokan ketika menunggang di jalan raya serta melayan laluan-laluan berselekoh, model ini menetapkan standard kecemerlangan baharu sebagai sebuah jentera jalanan kelas pertengahan.

Dengan memiliki berat 181kg, Svartpilen 801 2024 turut disempurnakan dengan kerangka jenis tebular steel yang kuat dan ringan bagi menawarkan keseimbangan serta bertegaran tinggi. Model ini menggunakan enjin parallel-twin yang bersesaran 799cc, sistem penyejuk cecair yang mampu menghasilkan kuasa maksimum 105hp dan torknya 87Nm. Sistem Power Assist Slipper Clutch (PASC) yang ada pada jentera ini juga dapat membantu mengurangkan daya kuasa enjin. Proses penukaran gear akan lebih lancar dengan Easy Shift.

Untuk menawarkan keselesaan ketika menunggang, Svartpilen 801 menggunakan saspensi jenis WP APEX yang boleh dilaras. Manakala tayar Pirelli MT60 RS yang dipadankan pada rim bersaiz 17 inci mampu mencengkam permukaan jalan dengan baik ketika mengambil laluan-laluan berselekoh. Terdapat juga empat mod tunggang antaranya Street, Rain, Sport dan Dynamic.

Antara ciri teknologi yang terdapat pada model ini adalah Motor Slip Regulation, Anti-Wheelie, Traction Control, Ride-by-Wire (dengan tindak balas pendikit boleh laras) dan sistem Cornering ABS.

Manakala kelengkapan lain yang ada seperti:

  • Paparan meter TFT 5-inci dengan ciri Connectivity sebagai standard
  • Brek Jenis J.Juan dengan 2x cakera depan 300mm dan belakang 240mm
  • Sistem ABS jenis BOSCH (terdapat mod Supermoto yang boleh nyaaktifkan ABS pada roda belakang)
  • Lampu-lampu LED
  • Tinggi pelana 820mm
  • Tangki bahan api 14 liter

Husqvarna Svartpilen 801 akan tersedia di seluruh dunia bermula April 2024 melalui pengedar sah Husqvarna Motorcycles. Ketersediaan berbeza dari negara ke negara. RR

Isu Pada

Mei 2024

Popular

  • Yamaha Kali Ini Lebih Agresif Dengan RW700

  • Model Baru

    KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

  • Model Baru

    Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

  • Warta Roda

    Yamaha BLU Universe Pertama Dibuka di Serdang

  • Model Baru

    APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

Artikel berkaitan

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

Honda CRF1150L Africa Twin Enduro Sports Diperkenalkan

APRILIA RS 457 GP Replica Dilancarkan. Harga RM35,900

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

Yamaha YZF-R9 Tiba di Malaysia - RM68,000

Model Kembara Mewah, Brixton K750GT Bakal Masuk ke Pasaran Negara

KTM 1390 Super Adventure Tampil Dengan Tiga Varian untuk Pasaran Negara - Bermula RM144,000

KTM 990 RC R - Diinspirasikan Jentera Lumba KTM di MotoGP

Disyorkan untuk anda
Model Baru

CFMOTO 500SR Dilancarkan - RM29,988

CFMOTO Malaysia melancarkan 500SR sempena MotoGP Malaysia 2026.

Model Baru

KTM 790 Duke 2027 Tampil Dengan Beberapa Pembaharuan

KTM 790 Duke 2027 dikatakan akan di bawa masuk ke pasaran negara tahun hadapan.

Pandu Uji

Kawasaki KLE500 - Dari Lebuhraya ke Laluan lasak

Sempena penganjuran Kawasaki Megatrail Fun Ride 2026, pihak media turut diberi peluang menyertai acara edisi kedua itu dengan menunggang Kawasaki KLE500.

Model Baru

Aveta Falcon 180 Diperkenalkan - RM9,798

Aveta Malaysia secara rasminya memperkenalkan Falcon 180 untuk pasaran negara.